Oleh : Jaafar Abdul Wahid
Presidennya
Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, semangat ini
perlu diterapkan kerana ianya merupakan eleman penting bagi membangunkan
masyarakat Bisaya sebagai satu tanggungjawab memperkukuhkan
perpaduan, menjalin kerjasama serta perkongsian pintar dari sudut
pemikiran dan tindakan merencana serta melaksanakan pelbagai program
persatuan demi kebaikan ahli dan masyarakat Bisaya secara keseluruhanya.
Sehubungan
dengan itu menurut Lajim yang juga Wakil Rakyat kawasan Klias ideologi
politik yang berbeza seharusnya tidak menjadi halangan bagi setiap
pemimpin dan ahli persatuan itu untuk duduk semeja mencetuskan idea dan
pandangan bagi melonjakkan lagi PBBS ke tahap yang lebih cemerlang dari
pencapaian sebelum ini.
'Kita
perlu menghindari pandangan politik sempit, walaupun pemimpin serta
ahli mempunyai ideologi yang berbeza beza tapi seharusnya ianya tidak
menjadi halangan bagi kita bersama membangunkan persatuan', katanya
ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden perasmian mesyuarat agung PBBS
ke 22 baru-baru ini di Dewan Perpustakaan Daerah Beaufort.
Hadir
sama Naib Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muharam,Saridah Datuk Seri
Panglima Mohd Dun,Haji Asmat Japar dan Setiausaha Agung PBBS Awang Anak
Abd.Sani.
Tambahnya
walaupun perjuangan persatuan tersebut telah mencapai kejayaan yang
boleh dibanggakan dalam pelbagai bidang namun kejayaan tersebut
seharusnya tidak terbatas begitu sahaja sebaiknya ianya perlu
dipertingkatkan selari dengan cabaran semasa.
'Kita
sayang kepada bangsa kita, kekuatan bangsa ita adalah kekuatan diri
kita sendiri, jika bangsa kita lemah dan tidak dihormati akan pupuslah
keangungan bangsa kita, justeru semangat perpaduan merupakan kekuatan
yang perlu terus dipelihara agar tidak ada pihak yang cuba memecah
belahkan kesatuan tersebut', tegas Lajim.
Menurutnya
perjuangan PBBS perlu menyusur zaman dalam melahirkan bangsa yang
matang dalam bidang politik,pendidikan, agama dan ekonomi agar selari
dengan kemajuan bangsa bangsa lain.
Beberapa
resolosi turut dibentangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya
perwakilan telah mengambil ketetapan serta persetujuan bersama dimana
Jawatan Presiden PBBS tidak akan dipertandingan dalam mesyuarat agung
persatuan itu penghujung tahun ini.
No comments:
Post a Comment