Oleh: Shaimon S Jumadi
ANGGOTA Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Kuamut, Masiung Banah
telah menamatkan perkhidmatan 66
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan
Undangan Negeri Kuamut dalam usaha meningkatkan
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Masiung Banah berkata tindakan
tersebut dilakukan untuk menyelaraskan
semula pelantikan dan tamat tempoh perkhidmatan JKKK itu.
Penamatan perkhidmatan
jawatan semua JKKK berkenaan tidak berkaitan dengan prestasi kerja mereka,
sebaliknya bagi menambah baik sistem penyampaian sedia ada kepada rakyat,
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Unit Pemimpin
Kemajuan Rakyat (UPKR) DUN Kuamut di sini hari ini.
Masiung yang juga Pembantu
Menteri Belia dan Sukan negeri berkata pada masa ini pengerusi JKKK terlibat
diminta meneruskan tugas seperti biasa dan penamatan tugas mereka hanya
berkuatkuasa selepas menerima surat penamatan jawatan.
Sementara itu, Masiung
bercadang mewujudkan sebuah pejabat bergerak yang akan memberikan perkhidmatan
dalam setiap Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di setiap kawasan terlibat.
Beliau berkata pihaknya
juga akan membuka dua lagi pejabat UPKR iaitu di Bukit Garam dan Tongod bagi
menjimatkan masa penduduk berurusan berhubung soal kebajikan dan keperluan
semasa.
No comments:
Post a Comment