Dari
Meja Ketua Biro,Shaimon S Jumadi
EKORAN
Kekalahan calon BN/LDP Datuk Liew Vui Keong
pada pilihanraya umum (PRU 13) lalu
kerana gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan
yang tewas di tangan calon DAP Stephen Wong, yang hanya berjaya meraih undi 13,138 berbanding DAP memperoleh kemenangan
sebanyak 14,226 bukan saja mendapat satu tamparan yang bertubi-tubi di kalangan
para penyokong BN bahkan mengakibatkan tercetusnya perbalahan semasa sendiri khususnya dalam LDP.
Pada
awal-awal lagi, dalam perjuangan LDP sudah berpuak-puak dan mempunyai
kumpulan-kumpulan tertentu antaranya kumpulan A ialah Datuk VK Liew sementara
kumpulan B ialah Datuk Lim Ming Ho, ahli-ahli LDP sendiri merasa bingung dan
pening kepala yang mana satu pemimpin yang harus disokong.
Kekalahan
VK Liew juga adalah berpunca daripada perbuatan sabotaj sama ada datangnya
daripada ahli-ahli LDP juga namun tidak dinafikan ada juga anggota daripada
parti-parti komponen BN lainnya yang terlibat sama mensabotaj.
Sebagai
Wartawan Kanan Sabahkini. Net yang pernah berkhidmat di pejabat Parlimen Sandakan sebagai Pegawai
Akhbar kepada mantan Ahli Parlimen Sandakan selama 2 tahun, banyak info-info
dan maklumat mengenai perjalanan
perjuangan LDP sebelum piihanraya lagi umpamanya
gemar berpuak-puak dan membentuk kumpulan masing-masing.
Dalam
menerajui kepimpinan LDP sebenarnya banyak perkara-perkara songsang yang
berlaku sebagai contoh yang terdekat
kebanyakkan projek-projek yang
menggunakan peruntukan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
yang dikendalikan oleh LDP boleh dikatakan 80 peratus telah dibolot oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi LDP, tak perlu saya sebutkan di sini siapa
orangnya yang monopoli pembikinan naik taraf Jambatan simen dari Jambatan
lorong 1 sehingga lorong ke 24, Jambatan Kampung Sim-Sim, mereka sudah tahu
siapa yang yang telah dimaksudkan itu.
Begitu
juga projek mengecat semula perumahan Taman
Mesra di fasa 1, dibolot orang yang sama juga sehingga fenomena ini mencetuskan
kemarahan bukan saja kepada ahli-ahli LDP bahkan kepada ahli-ahli komponen BN
lainnya yang rasa tidak puas hati kerana ada projek dimakan sendiri dan kekenyangan
sendiri.
Seminggu
sebelum penamaan calon dijalankan, beberapa orang LDP sepejabat dengan saya
pernah bercakap “Ini kali kita punya
Boss mesti kalah punya,” awal-awal lagi
segelintir AJK Bahagian LDP Sandakan sudah meramalkan dan membayangkan calon BN memang tumpas dan ini jelas apa yang diramalkan itu telah
menjadi satu kenyataan bahawa VK Liew kalah.
Kekalahan
VK Liew calon Parlimen Parlimen BN Sandakan, kemenangan Calon ADUN Tanjung
Papat Datuk Raymond Tan dan kemenangan Au Kam Wah Elopura yang mendapat majoriti yang terendah ini berkisarkan timbulnya kemarahan para pengundi daripada
masyarakat Cina kawasan Parlimen Sandakan
yang tidak puas hati terhadap calon-calon BN yang dikatakan tidak adil dalam
pemberian bantuan kepada para pengundinya.
Buktinya
masyarakat cina hanya menerima antara RM30.00 hingga RM50.00 sementara pengundi
Melayu/Bumiputera terutama sekali penyokong-penyokong UMNO menerima KARISMA
sebanyak RM300.00 setiap seorang dalam bentuk baucer .
Ekoran
daripada birokrasi itu, maka para pengundi-pengundi cina betul-betul marah terhadap
kerajaan BN dan kena tempiasnya ialah
calon-calon BN itu sendiri yang menjadi sasaran. Dan pada kesimpulannya mampu kah LDP mewujudkan kerjasama setia
sekata untuk berjuang untuk memantapkan lagi LDP di masa akan datang?
Cukup
sampai di sini saja kita akan sambung semula setelah artikel ini disiarkan.
No comments:
Post a Comment