OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Mulai 28hb
Disember 2014 setiap hari ahad, Kelab Penyokong Kerajaan BN Sandakan - Sabah
dengan kerjasama pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan akan mengadakan kempen
pemeriksaan darah di Pasar Tamu Minggu
bandar ini bermula pada jam 7.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.
Pengerusi Kelab tersebut
Hajah Rauyah Baharul Asyik berkata
kepada media sejurus selepas mengadakan program Kaunter Penambahan Keahlian
Kelab itu di Pasar Tamu Minggu kelmarin.
Katanya tujuan kelab itu dan
pihak HDOK mengadakan program
pemeriksaan darah adalah untuk membantu kepada masyarakat di daerah ini yang
mengidap darah tinggi dan sebagainya.
“Orang ramai yang ingin
mendapat rawatan pemeriksaan darah bolehlah datang pada setiap hari ahad di
Pasar Tamu Minggu jam 7.00 pagi hingga jam 3.00 petang
Bercakap tentang keahlian,
Hajah Rauyah berkata Kelab Penyokong Kerajaan BN Sandakan baru sahaja
ditubuhkan pada bulan 10hb Oktober lalu yang berusia tiga bulan kini jumlah
keahliannya, telah mencecah hampir 3,300 orang ahli.
Katanya masyarakat Sandakan
memang gemar menyertai kelab ini kerana fungsinya menjurus menjalankan
pgroram-program yang berkaitan dengan kerajaan BN.
“Pihak kelab ini sudah pun
menyusun rapi beberapa aktiviti-aktiviti untuk program tahunan kelab ini bagi
sepanjang tahun 2015” ujarnya.
No comments:
Post a Comment