OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Seorang berbangsa Melayu gelandangan yang dikenali sebagai Ahmad bin Lajim, 62 tahun, yang mengidapi penyakit kulit dan tinggal di
tepi jalan berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebelum
ini kini telah dimasukkan ke Rumah Warga
Tua Sri Harapan Jalan Sibuga ini atas
daya usaha pihak Pejabat Parlimen
Sandakan.
Setelah beberapa hari Ahmad
tinggal dirumah orang-orang tua itu atas keprihatinan dan simpati Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
bersama dengan pembantu khasnya Amsi Liew telah berkunjung ke rumah warga tua untuk melawat
dan melihat keadaan Ahmad bin Lajim kelmarin.
Wong berasa gembira kerana
Ahmad telah ditempatkan di rumah warga tua dan sedang menyesuaikan diri dengan
kehidupan dalam rumah warga tua. Wong juga berjanji akan terus menghulurkan
bantuan sekiranya diperlukan.
Wong juga mengambil
kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan pihak rumah warga tua serta penghuni-penghuni
yang pelbagai kaum di rumah warga tua dan beliau mendapati beberapa orang di
antara mereka masih memegang kad pengenalan jenis lama yang belum menukar ke
MyKad.
Disebabkan Ahmad bin Lajim
dan beberapa orang penghuni di rumah warga tua masih belum menukar IC ke MyKad,
Wong berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan mengambil berat
terhadap perkara ini, mengarahkan kakitangan membawa peralatan ke rumah warga
tua untuk mengurus penukaran MyKad mereka.
Wong berkata, Pejabat
Parlimen Sandakan DAP akan menghantar
surat ke Jabatan Pendaftaran, meminta jabatan tersebut mengaturkan perkhidmatan
mudah-alih untuk membantu penghuni rumah warga tua bagi menukar MyKad.
No comments:
Post a Comment