Oleh: Shaimon S Jumadi
SANDAKAN : Kurangnya perhatian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam menangani permasalahan rakyat telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat.
Ini jelas, air yang melimpah ruah air dari tangki yang diletakkan di blok 24 Taman Mesra sudah hampir dua bulan sehingga kini belum lagi diambil tindakan oleh pihak MPS.
Dalam tinjauan Wartawan ke lokasi tersebut telah melihat sendiri limpahan air mencurah-curah jatuh daripada tangki yang diletakkan di atas bangunan tersebut; ini merupakan satu pembaziran dan telah dianggarkan air yang tumpah dalam sehari mahu juga 5,000 liter.
Kata seorang penduduk blok 24 yang tidak mahu disebut namanya memberitahu, perkara ini sudahpun berkali-kali dilaporkan kepada MPS tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan dan reaksi diambil untuk memperbaiki bebola tangki yang telah rosak dan menjadi penyebab utama air melempah ruah.
“Sudahlah harga air telah dinaikan 1000 liter RM 2.20 ini kah pula berlakunya pembaziran yang bukan alang-kepalangan” ujar penduduk.
No comments:
Post a Comment