Wednesday, 26 September 2012

10,000 SEKOLAH AKAN DIBEKAL INTERNET




KUALA LUMPUR : Sebanyak 10,019 buah sekolah kerajaan di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya, menjelang Jun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata di bawah projek 1BestariNet itu, sekolah terlibat akan dibekalkan dengan talian fiber kelajuan 4mbps yang boleh ditingkatkan hingga 20mbps.

"Manakala sekolah kawasan pedalaman dan luar bandar yang mempunyai lebih 600 buah sekolah akan dibekalkan dengan talian 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT) dengan kelajuan 2mbps yang boleh ditingkatkan kepada 4mbps.

"Projek ini mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet berkualiti kepada semua rakyat," katanya ketika menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Er ingin tahu jumlah peruntukan di bawah program tersebut dan sekolah yang tersenarai. (Bernama)

No comments:

Post a Comment