KUALA LUMPUR : Sebanyak
10,019 buah sekolah kerajaan di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya, menjelang Jun 2014.
Timbalan Menteri Pelajaran
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata di bawah projek 1BestariNet itu, sekolah
terlibat akan dibekalkan dengan talian fiber kelajuan 4mbps yang boleh
ditingkatkan hingga 20mbps.
"Manakala sekolah kawasan
pedalaman dan luar bandar yang mempunyai lebih 600 buah sekolah akan dibekalkan
dengan talian 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT) dengan kelajuan 2mbps yang
boleh ditingkatkan kepada 4mbps.
"Projek ini mengubah
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid
kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet
berkualiti kepada semua rakyat," katanya ketika menjawab soalan Er Teck
Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Er ingin tahu jumlah
peruntukan di bawah program tersebut dan sekolah yang tersenarai. (Bernama)
No comments:
Post a Comment