Tuesday, 25 September 2012

MINDA RAKYAT DAN TRANSFORMASI PERLU SEIRING





SAMBUT.....Azizah disambut dengan salam kemesraan beliawanis sebaik tiba untuk merasmikan Program Akar Umbi Daerah Beaufort, di Kg Kukut.

BEAUFORT: Minda rakyat perlu berubah selari dengan perubahan negara khususnya untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun ketika menyatakan perkara itu berkata untuk mencapai taraf negara maju; minda rakyat kita perlu berubah dan perubahan itu tidak berpaksikan politik tetapi mestilah bermula dari dalam diri masyarakat.

“Perubahan mestilah bergerak selari dengan perubahan pembangunan dan kemajuan negara kerana negara memerlukan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Perubahan ini bukan hanya berpaksikan politik tetapi dalam diri individu, keluarga dan masyarakat itu sendiri,”

Beliau berkata melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya untuk mencapai perubahan minda.

“Yang berat untuk kita lakukan ialah merubah minda. Justeru saya amat berharap usaha melakukan perubahan minda ini mestilah pula bermula dikalangan generasi baru hari ini. Dan ini memerlukan satu gerakan bersepadu dari pertubuhan belia yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Akar Umbi Daerah Beaufort yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Kukut di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bahagaian Pedalaman Bawah, Yassin Omar; Pegawai KBS Daerah Beaufort, merangkap pengerusi pelaksana, Nordin Ismail; Presiden Pertubuhan Belia akar Umbi Negeri Sabah, Ag Saifudin Ag Jumat; pemimpin masyarakat dan pemimpin persatuan belia.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berharap semua pemimpin persatuan belia di sini dapat bergabung tenaga dan fikiran untuk merancang dan melaksanakan program yang membawa kebaikan dan kemajuan kepada belia.

“Kita tidak boleh tunggu dan lihat, kita mesti bergerak. Belia perlu kreatif dan inovatif untuk maju dan dapat bersaing dengan bangsa lain. Dan yang paling penting semua pemimpin belia mestilah bersatu..Jangan berpecah belah seperti kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh,” katanya.

Beliau juga mengingatkan agar semua persatuan belia terus berusaha mengembangkan keahlian persatuan masing-masing bagi mencapai objektif penubuhan persatuan tersebut.

“Berusahalah untuk mengembangkan lagi persatuan masing-masing agar belia di daerah ini secara keseluruhannya dapat menyumbang dalam aktiviti belia dan program kemasyarakatan,” katanya.

Pada Majis itu Azizah menyampaikan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada beberapa persatuan belia yang baru diluluskan pendaftarannya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Inovatif Kg Kukut, Noorasinah Suali dalam ucapannya mengajak para belia dan beliawanis membalas budi kerajaan dan pemimpin melalui semangat kesetiaan dan kecintaan kepada Agama, bangsa dan negara.

“Kita mempunyai pemimpin dan kerajaan yang sentiasa berusaha membentuk generasi yang hebat dan cemerlang. Maka sudah sampai masanya untuk kita berterima kasih dan membalas budi pemimpin dan kerajaan dengan semangat kesetiaan dan kecintaan kepada Agama, bangsa dan negara.,” katanya.

7 comments:

  1. Skepticism prevent an individual from making a progress.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita lihat terserlah sangat Datuk Azizah ini di Beaufort dengan aktiviti bersama rakyat. Memang Datuk Azizah sangat prihatin dan wakil rakyat yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azizah pemimpin yg sentiasa dekati rakyat.

      Delete
  3. Kita patut berbangga yang mana kerajaan sekarang ini benar-benar cuba yang terbaik untuk membantu rakyat dengan pelbagai program dan bantuan.

    ReplyDelete
  4. kerajaan yang baik akan disokong oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. rakyat sabah jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang selema ini lebih banyak membantutkan usaha2 pembangunan negeri berbanding dengan menyumbang kepada pembangunan negeri..

    ReplyDelete
  6. ketika pembangunan sedang rancak dilaksanakan, rakyat juga perlu rancak merebut setiap peluang2 yang disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka..

    ReplyDelete