ALBUM.....Hj
Adhah bersama-sama penduduk Kampung Semarak Jaya Sg Pin membantah tuduhan ADUN
Sukau dan Borneo Samudera mendakwa bahawa SK Tangkong adalah bangunan 'Haram'
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SUKAU : Tindakan pihak
Borneo Samudra menyatakan bahawa pengwujudan Sekolah Tangkong di Kampung
Semarak Jaya Sungei Pin Kinabatangan yang dibina pada tahun 2012 yang telah
diktraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia disifatkan sebagai sekolah haram.
Sekolah yang dibina atas
usaha sama orang-orang kampung yang membabitkan peruntukan sebanyak
RM500,000 telahpun di rasmikan oleh Ahli
Parlimen kawasan Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden pada 5-03-2012.
Pengerusi Cawangan PAS
Kampung Sentosa Jaya Kinabatangan Hj
Adhah Hj Sulaiman berkata ekoran tuduhan
pihak Borneo Samudra yang mendakwa Sekolah Kebangsaan Tangkong adalah sebuah
sekolah haram telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat bukan saja kepada pihak Borneo Samudra bahkan
kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)
Kata Hj Adhah perbuatan
pihak Boneo Samudra bukan saja menghina kepada Ahli Parlimen Kinabatangan
tetapi sekaligus menghina dan mencemarkan nama baik Kementerian Pelajaran Malaysia
walaupun pihak kementerian sudah mengiktrafkan bahawa sekolah berkenaan adalah
sebuah institusi pendidikan yang sah,
tetapi pihak samudera tetap menganggap sekolah itu haram.
“Saya bagi pihak penduduk
kampung Semarak Jaya meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil
tindakan undang-undang kepada pihak pengurusan Borneo Samudera Kinabatangan
kerana merendah-rendahkan kewibawaan pentadbiran Kementerian berkenaan,"
tegasnya.
HARAM....Inilah
bangunan SK Tangkong yang didakwa oleh ADUN Sukau dan Borneo Samudera sekolah
Haram walaupun sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan
dirasmikan ADR Kinabatangan.
Haji Adhah yang juga
merupakan Pengerusi Pembinaan Bangunan Sekolah tersebut menjelaskan pada
mulanya kedudukan Sekolah Kebangsaan tersebut di Kampung Tangkong lama dalam
kawasan DUN Kuamut, tetapi akan ditutup kerana penduduknya ramai yang berpindah
randah disebabkan kehidupan mereka di kampung itu sangat daif dan tiada sesiapa
yang memperdulikan; sama ada mereka hidup mati kebuluran.
“Untuk menyelamatkan sekolah
tersebut dututup kerana ketiadaan murid belajar, saya telah menemui Pegawai
Pelajaran Daerah Kinabatangan dan memaklumkan mengenai kedudukan SK Tangkong
lama atas perbincangan dan belas ehsan pegawai berkenaan Jabatan Pelajaran
Daerah Kinabatangan; meluluskan dan memberi restu sambil mengeluarkan satu
surat supaya sekolah tersebut dipindah ke tempat lain.
“Setelah mendapat mandat
daripada Jabatan Pelajaran berkenaan
maka sekolah tersebut dibina di atas tapak baru di Kampung Semarak Jaya
Sungei Pin dengan usaha sama dengan para penduduk kampung yang dianggarkan
menelan belanja RM500,000,” ujarnya.
Apapun Haji Adhah yang
mewakili penduduk Kampung Semarak Jaya Sg Pin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak ternilai kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden
kerana sudi merasmikan bangunan SK Tangkong sehingga anak-anak penduduk kampung
di sini dapat meneruskan sesi persekolahan mereka.
“Jasa dan budi baik Datuk
Bung Moktar yang banyak memberikan galakkan dan dorongan kepada masyarakat
Kinabatangan termasuk penduduk Kampung Semarak Jaya akan betapa pentingnya
pelajaran kerana ia akan menjamin masa
depan kehidupan anak-anak kampung di sini,” tambahnya.
Kata Hj Adhah lagi, kewujudan
SK Tangkong ini Wakil Rakyat Sukau Datuk
Haji Saddi Abdul Rahman pernah membawa perkara ini ke persidangan Dewan
Undangan Negeri dan turut menyatakan sekolah tersebut memang sekolah haram.
Hj Adhah menambah Borneo
Samudera merupakan anak syarikat kerajaan negeri tetapi mereka tidak suka kalau
melihat ada anak orang Kampung Semarak Jaya yang mempunyai pendidikan seperti
anak-anak di kampung yang lain cerdik dan bijak pandai.
No comments:
Post a Comment