Monday, 1 April 2013

ADUN SUKAU 'HARAMKAN' SK TANGKONG?







ALBUM.....Hj Adhah bersama-sama penduduk Kampung Semarak Jaya Sg Pin membantah tuduhan ADUN Sukau dan Borneo Samudera mendakwa bahawa SK Tangkong adalah bangunan 'Haram'

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI

SUKAU : Tindakan pihak Borneo Samudra menyatakan bahawa pengwujudan Sekolah Tangkong di Kampung Semarak Jaya Sungei Pin Kinabatangan yang dibina pada tahun 2012 yang telah diktraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia disifatkan sebagai sekolah haram.

Sekolah yang dibina atas usaha sama orang-orang kampung yang membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000  telahpun di rasmikan oleh Ahli Parlimen kawasan Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden pada 5-03-2012.

Pengerusi Cawangan PAS Kampung  Sentosa Jaya Kinabatangan Hj Adhah Hj Sulaiman berkata  ekoran tuduhan pihak Borneo Samudra yang mendakwa Sekolah Kebangsaan Tangkong adalah sebuah sekolah haram telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat  bukan saja kepada pihak Borneo Samudra bahkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)

Kata Hj Adhah perbuatan pihak Boneo Samudra bukan saja menghina kepada Ahli Parlimen Kinabatangan tetapi sekaligus menghina dan mencemarkan nama baik Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun pihak kementerian sudah mengiktrafkan bahawa sekolah berkenaan adalah sebuah institusi  pendidikan yang sah, tetapi pihak samudera tetap menganggap sekolah itu  haram.

“Saya bagi pihak penduduk kampung Semarak Jaya meminta Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil tindakan undang-undang kepada pihak pengurusan Borneo Samudera Kinabatangan kerana merendah-rendahkan kewibawaan pentadbiran Kementerian berkenaan," tegasnya.





HARAM....Inilah bangunan SK Tangkong yang didakwa oleh ADUN Sukau dan Borneo Samudera sekolah Haram walaupun sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan dirasmikan ADR Kinabatangan.


Haji Adhah yang juga merupakan Pengerusi Pembinaan Bangunan Sekolah tersebut menjelaskan pada mulanya kedudukan Sekolah Kebangsaan tersebut di Kampung Tangkong lama dalam kawasan DUN Kuamut, tetapi akan ditutup kerana penduduknya ramai yang berpindah randah disebabkan kehidupan mereka di kampung itu sangat daif dan tiada sesiapa yang memperdulikan; sama ada mereka hidup mati kebuluran.

“Untuk menyelamatkan sekolah tersebut dututup kerana ketiadaan murid belajar, saya telah menemui Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan dan memaklumkan mengenai kedudukan SK Tangkong lama atas perbincangan dan belas ehsan pegawai berkenaan Jabatan Pelajaran Daerah Kinabatangan; meluluskan dan memberi restu sambil mengeluarkan satu surat supaya sekolah tersebut dipindah ke tempat lain.

“Setelah mendapat mandat daripada Jabatan Pelajaran berkenaan  maka sekolah tersebut dibina di atas tapak baru di Kampung Semarak Jaya Sungei Pin dengan usaha sama dengan para penduduk kampung yang dianggarkan menelan belanja RM500,000,” ujarnya.

Apapun Haji Adhah yang mewakili penduduk Kampung Semarak Jaya Sg Pin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak ternilai kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Raden kerana sudi merasmikan bangunan SK Tangkong sehingga anak-anak penduduk kampung di sini dapat meneruskan sesi persekolahan mereka.

“Jasa dan budi baik Datuk Bung Moktar yang banyak memberikan galakkan dan dorongan kepada masyarakat Kinabatangan termasuk penduduk Kampung Semarak Jaya akan betapa pentingnya pelajaran  kerana ia akan menjamin masa depan kehidupan anak-anak kampung di sini,” tambahnya.

Kata Hj Adhah lagi, kewujudan SK Tangkong ini  Wakil Rakyat Sukau Datuk Haji Saddi Abdul Rahman pernah membawa perkara ini ke persidangan Dewan Undangan Negeri dan turut menyatakan sekolah tersebut memang sekolah haram.

Hj Adhah menambah Borneo Samudera merupakan anak syarikat kerajaan negeri tetapi mereka tidak suka kalau melihat ada anak orang Kampung Semarak Jaya yang mempunyai pendidikan seperti anak-anak di kampung yang lain cerdik dan bijak pandai.

No comments:

Post a Comment