OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Tindakan Air Asia dan Firefly yang telah membatalkan surcaj bahan api akibat harga minyak global (antarabangsa) sudah turun menjunam disambut baik oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Wong menggesa kerajaan BN dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memberi penjelasan kepada rakyat bahawa bilakah tarif elektrik akan diturunkan?