Pencerobohan pemberontak Sulu di Sabah pada Februari 2013 menyebabkan 10 anggota keselamatan negara terkorban
Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.