SABAH lebih berhak dalam
ertikata pengagihan seimbang semua peluang, baik dalam aspek sosio ekonomi,
pembangunan infrastruktur dan penghidupan yang lebih berkualiti
Kita menghadapi situasi yang
amat menyedihkan di Sabah : Apa yang dipanggil 'autonomi' hanyalah merupakan
satu impian belaka. Rejim 'pecah dan perintah' yang diamalkan Kuala Lumpur
telah meranapkan nilai-nilai kemanusian ketahap perhambaan.
Maruah, martabat, kedaulatan
dan keselamatan negeri dan Negara terancam dengan kehadiran pendatang tanpa
izin (PTI) yang ramai sudah memiliki status yang sah.
Walaupun Sabah terkenal
dengan kekayaan hasil dalam negeri dan pernah satu masa dahulu menjadi negeri
kedua terkaya dan sekarang pula menjadi sebuah negeri yang termiskin yang
menyebabkan rakyat Sabah tanpa kuasa terpaksa tunduk kepada telunjuk orang
lain, terutama sekali kepada kuasa politik Kuala Lumpur.
INI MESTI BERUBAH
Parti Maju Sabah (SAPP)
berikrar melakukan perubahan ini dan mengembalikan Sabah dikedudukan yang
munasabah dalam Malaysia.
17 September 2008, adalah
tarikh SAPP mengambil langkah muktamad untuk meninggalkan Barisan Nasional.
Pada ketika itu juga SAPP telah meluluskan 'Deklarasi Rakyat' dikenali sebagai
Deklarasi 8 Perkara yang memperuntukkan garis panduan asas kepada manifesto
kita untuk pilihanraya ke 13.
Dengan adanya barisan
kepimpinan yang mantap, berdisplin dan bersatu padu dalam SAPP, parti ini akan
mampu melahirkan satu pasukan kuat sebagai sebuah Kerajaan. Tetapi sebelum kita
dapat melaksanakannya kita memerlukan pengundi-pengundi di Sabah menerima
hakikat perjuangan kita demi untuk mengelakkan segala kepincangan dan
mengembalikan :
-semangat Perjanjian
Malaysia
-kedudukan kita sebagai
rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.
-hak dan kuasa dalam memilih
kepimpinan negeri kita
-hak kita dalam menguasai
hasil negeri
-Peranan kita dalam
pentadbiran negeri yang kita cintai ini.
Malaysia adalah sebuah
Negara yang sejarah etniknya amat berbeza antara satu dengan lain. Kita akan
menuntut pendekatan agar matlamat 'satu negeri dua system' diamalkan sebagai
penyelesaian kepada perbezaan yang begitu ketara demi mengelakkan keunikan
Sabah tidak akan tersisih dan akhirnya dilupakan.
Hanya dengan sokongan yang
padu dari para pengundi di Sabah akan memastikan manifesto kita ini menjadi
satu kenyataan.
Dengan misi kita untuk 'mewujudkan
sebuah Kerajaan yang amanah dan masyarakat yang progresif adil dan sejahtera'
kita berikrar kepada rakyat Sabah bahawa kita akan melaksanakan perkara berikut
:-
1. Kad Pengenalan Sabah (SABAH
IC)
Demi untuk mempertahankan
hak asasi rakyat tulen di Sabah, kita perlu memiliki Kad Pengenalan sendiri
demi untuk membezakan diri kita daripada pemegang kad pengenalan haram atau pun
palsu.
Pengeluaran risalah-risalah
atau surat palsu yang begitu menular di Sabah menunjukkan kelemahan pihak
berkuasa Malaysia dalam mempertahankan dan memelihara kedaulatan Negera.
Kerajaan SAPP akan
mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah kepada rakyat Malaysia di Sabah yang
berkelayakan. Sebuah jabatan negeri akan ditubuhkan untuk mengendalikanya.
Perkara ini adalah termaktub dalam perlembagaan Sabah dan Malaysia.
Pemegang IC Sabah akan
berhak atas pemilikan tanah dinegeri ini, lesen perniagaan, biasiswa negeri,
bantuan kebajikan dan kemudahan lain dari Kerajaan Negeri atau
agensi-agensinya.
2. BORNEONISASI
Sebagai rakyat tulen
Malaysia, kita di Sabah secara ikhlas merasakan bahawa Kerajaan Pusat harus
menghormati Perjanjian Malaysia 1963, yang mendukung kepentingan, hak asasi dan
autonomi rakyat Sabah dalam penubuhan gabungan Malaysia.
Sudah menjadi tanggungjawab
Kerajaan Pusat untuk menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia yang
bersabit dengan Borneonisasi dalam perkhidmatan awam Federal di Sabah.
SAPP akan menuntut apa yang
menjadi hak mutlak Sabah, termasuklah menggunakan saluran perundangan. Satu
tindakan undang-undang bersabit dengan Borneonisasi akan diambil enam bulan
setelah SAPP menubuhkan Kerajaan Sabah andainya Kerajaan Pusat gagal atau
enggan menghormati janji bersabit dengan Borneonisasi sebagaimana yang
termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
3. Kaji Semula Hubungan
Negeri - Pusat
SAPP akan mendesak
pengkajian semula kepada gabungan Malaysia berdasarkan perlembangan agar ianya
benar-benar mencerminkan semangat dan tujuan penubuhannya. Pengkajian semula
ini akan merangkumi :-
-Mahkamah Tinggi Borneo akan
dipertingkatkan status dan kuasanya.
-Pemindahan kuasa
perundangan dalam schdule 9 (Senarai Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan)
dari senarai Federal kepada senarai bersama, dan dimana sesuai, kepada senarai
Negeri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, perusahaan, perkapalan,
perikanan, komunikasi dan pengankutan, janakuasa dan kuasa hydro, pembancian,
pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan, buruh, kebenaran kelulusan
kerakyatan Malaysia di Sabah, dan akta pinjaman wang, termasuklah sumber
kewangan yang berkaitan pengambilan balik fungsi-fungsi kerajaan.
-Schdule 10 bahagian V (Tambahan
sumber pendapatan dikhaskan kepada Sabah dan Sarawak) boleh diperluaskan
merangkumi minyak dan gas, cukai kastam dan pendapatan asal dari Sabah seperti
cukai jualan yang dikutip di negeri ini.
4. Memperkasakan Status Anak
Negeri Sabah
SAPP mengistiharkan sokongan
agar Mahkamah Anak Negeri di berikan kedudukan dan status yang setaraf dengan
mahkamah-mahkamah di negara kita ini.
Sebuah Jabatan 'Perundangan
Dan Kehakiman Anak Negeri' akan ditubuhkan demi untuk mengendali dan mentadbir
sistem Mahkamah Anak Negeri Sabah.
Kerajaan SAPP akan
mengulangkaji dan menyelaraskan Akta Enekmen Intipretasi Anak Negeri untuk
memberi penekanan terhadap status anak negeri, sino dan kahwin campur.
5. Suruhanjaya RCI
Ketidakadilan telah berlaku
terhadap rakyat Malaysia tulen dengan kehadiran PTI yang telah berkongsi segala
nikmat dan kemudahan dan juga telah mengancam penghidupan dan keselamatan kita.
PTI dan kerakyatan haram yang dikenali sebagai 'Projek IC' adalah punca segala
ancaman kepada negara terutama sekali rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah.
SAPP akan mendesak penubuhan
Suruhanjaya Penyiasatan Sabah terhadap PTI sesuai dengan kehendak Akta
Suruhanjaya Penyiasatan 1981 demi mempertahankan kedaulatan Negeri Sabah dan
hak asasi rakyat jelata.
6. Undang-Undang Anti Lompat
Demi untuk mengelakkan
wakil-wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dari bertukar parti
setelah dipilih, SAPP akan mengajukan satu rang undang-undang anti lompat
dimana wakil yang dipilih tersebut dikehendaki mengosongkan kerusi yang
dimenanginya. Wakil tersebut diperbolehkan bertanding di kawasan yang sama.
Undang-undang ini memerlukan penggubalan perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
7. Pembangunan Sosial
7.1 Perpaduan dan keadilan
sosial
SAPP berikrar untuk membina
sebuah masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu, hidup dalam aman dan
harmoni, menjunjung toleransi dan kebebasan beragama dengan berlandaskan
Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
SAPP berikrar :
-menolak politik perkauman
dan ekstrimis agama.
-membasmikan amalan politik
dan diskriminasi perkauman.
-membina masyarakat madani
yang bermaruah.
-membasmi rasuah dan ketidakadilan
sosial.
7.2 Masyarakat Penyayang
Setiap rakyat Malaysia di
Sabah yang memiliki Sabah IC akan berhak menerima bantuan dan kebajikan sosial
tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.
SAPP berikrar kepada Rakyat
Sabah yang memegang IC Sabah:
-memberi bantuan terus
kepada kumpulan sasar untuk membasmi kemiskinan tegar.
-memberi bantuan kepada OKU,
warga emas, ibu/bapa tunggal dan anak-anak yatim.
-Rumah Sabah di Kuala Lumpur
akan mengambil tanggungjawab tambahan dalam memberi bantuan dan kaunseling
kepada rakyat Sabah yang bekerja atau belajar atau tinggal di Semenanjung
Malaysia.
7.3 RM 300 Juta Untuk
Pembeli Rumah Pertama
Perumahan adalah keperluan
asas manusia. Ramai orang sekarang ini tidak mampu membeli dan memiliki rumah
terutama sekali kumpulan yang berpendapatan rendah kerana harga rumah sudah
melambung tinggi.
SAPP berikrar kepada pemilik
Sabah IC:
- untuk memenuhi matlamat
satu keluarga satu rumah
menubuhkan tabung pusingan
berjumlah RM 300 juta untuk pembeli rumah pertama.
mengadakan kempen rumah
setinggan sifar.
-mengadakan perumahan
percuma untuk miskin tegar.
-menawarkan premium yang
lebih rendah untuk pemaju perumahan kos rendah.
7.4 Pembelajaran
Pelajaran adalah
satu-satunya keperluan penting untuk kemajuan sesebuah masyarakat dan
pembentukkan insan yang seimbang dari segi kerohanian, fizikal dan minda.
Di bawah "SATU NEGERI,
DUA SISTEM",
Kerajaan SAPP berikrar :
-Sabah akan membenarkan
sekolah di Sabah untuk memilih amalan PPSMI (pengajian sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris)
-Untuk menyelesaikan masalah
bersabit dengan perkhidmatan guru sandaran dan kekurangan guru
disekolah-sekolah vanikular akan diatasi.
-Yayasan Sabah akan
mempertingkatkan usahanya kearah merapatkan jurang perbezaan sosial dengan
menghulurkan bantuan dalam bentuk pembinaan asrama diluar bandar terutama
sekali di kampung-kampung terpencil.
-Untuk memberikan biasiswa,
busari dan bantuan kewangan sebagai pendahuluan oleh kerajaan negeri dan juga
Yayasan Sabah akan diagihkan secara adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia
yang memegang IC Sabah berdasarkan kelayakan.
-Membantu penuntut-penuntut
miskin dan memerlukan terutama dari kampung terpencil akan diberi bantuan
kewangan oleh Yayasan Sabah.
-Komited dalam pembangunan
pembelajaran Negeri dan akan memperuntukkan dana setiap tahun untuk semua
sekolah-sekolah vanikular dan mission di Sabah.
-Sabah adalah sebuah negeri
yang tinggi tahap 'keciciran pelajar' di Malaysia. Dalam usaha untuk memberi
peluang kedua kepada anak-anak muda ini, SAPP akan mengadakan program kelas
malam dewasa yang komprehensif di seluruh negeri. Elaun akan diperkenalkan
untuk menggalakkan pengajian sepanjang hayat untuk mengelakkan kaum belia
terjebak dalam kancah yang tidak menguntungkan dan menggelakkan gejala buta huruf
dan lingkungan kemiskinan.
7.5 Warisan Sabah
SAPP komited untuk menjaga
dan mempertahankan kebudayaan semua kaum di Sabah berdasarkan keadilan dan
kesaksamaan, di samping menghormati kebudayaan semua rakyat Malaysia.
Memandangkan kedudukan dan
pengalaman istimewa Sabah, Kerajaan SAPP akan menubuhkan sebuah panel yang akan
memastikan sejarah Sabah berada dalam perspektif yang betul.
8. Amanah Progresif
Kesejahteraan Rakyat Sabah
SAPP bercadang untuk
menubuhkan amanah kebajikan rakyat dinamakan Amanah Progresif Rakyat Sabah
(APRS). Sumber dana untuk tabung amanah ini akan disalurkan dari hasil minyak
dan gas dan sumber-sumber lain.
Rakyat Malaysia yang sudah
berumur 21 tahun, yang telah berdaftar sebagai pengundi dan bermastautin di
Sabah serta memegang 'IC Sabah' akan layak untuk menerima pembahagian wang
tunai yang jumlahnya akan diputuskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.
9. Infrastruktur Asas
Infrastuktur dan kemudahan
awam di Sabah masih jauh ketinggalan terutama sekali dalam aspek keperluan dan
pengendalian. Maka dengan itu Kerajaan SAPP berikrar :
-Untuk menambahbaik bekalan
air bersih dan tenaga elektrik agar dapat di nikmati oleh semua lapisan
masyarakat di Sabah.
-Membina dan menaik taraf
serta penambahbaikkan jalanraya luar Bandar.
-Pembinaan dan
penambahbaikkan jalan raya dalam Bandar untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
-Sistem Pengangkutan awam
akan diselengarakan terutama di dalam kawasan bandar-bandar utama.
10. Pengembalian Labuan
SAPP mencadangkan Labuan
dijadikan wilayah pentadbiran istimewa (WPE) berdasarkan perkara-perkara
berikut:
-Labuan akan diwakili oleh tiga
ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih dalam Dewan Undangan sebagai tambahan
kepada ahli Dewan Rakyat (MP) yang di peringkat Persekutuan.
-Status Pusat kewangan
Labuan akan dikekalkan autonominya sebagai Pusat Persisiran Kewangan
Antarabangsa (IOFC).
-20% dari jumlah royalti
minyak yang diterima Sabah akan disalurkan untuk keperluan Labuan.
-Kerajaan SAPP akan membuat
desakan terhadap pembinaan jambatan Labuan yang akan menghubungkan tanah besar
Sabah dengan pulau tersebut.
11. Persekitaran Mampan
Secara Global Sabah terkenal
dengan alam semulajadinya. Adalah amat penting kita menguruskan khazanah dan
warisan semulajadi ini dengan secara mampan.
SAPP berikrar:
-Memastikan semua aktiviti
pembalakkan dan penanaman semula dijalankan dengan cara terkawal menurut kaedah
antarabangsa berdasarkan International Tropical Timber Organisation ( ITTO)
-Mewujudkan satu sistem yang
memberi penekanan terhadap sumber pengaliran tenaga.
-Menggalakkan budaya kitar
semula dengan mengadakan sistem infrastuktur yang komprehensif dengan bantuan
sistem operasi mesra penguna.
-Menyokong dan menggalakkan
penggunaan teknologi hijau.
12. Memperkasakan Kaum Belia
SAPP berazam untuk
memperkasakan kedudukan kaum belia Malaysia di Sabah. Harapan dan inspirasi
belia seharusnya didengar oleh pihak penggubal dasar hari ini. Dengan itu SAPP
komited terhadap perkara perkara berikut:
12.1 Program Motivasi dan
Dayausaha Belia (PMDB)
Program proaktif ini akan
menjadi sebahagian dari keutamaan usaha membasmi pengangguran dikalangan belia
di Sabah demi memupuk disiplin, belia pelbagai kemahiran dan satu kuasa yang
produktif.
12.2 Sabah Youth Assembly
(SYA)
Bermodalkan parlimen Belia
United Kingdom, landasan ini menggalakkan orang-orang muda berusia antara 15-25
untuk memilih 'Yang Berhormat Muda' (YBM) mereka. Kawasan yang diwakili adalah
dalam struktur kawasan pilihanraya yang ada sekarang. Satu mekanisma akan
diwujudkan untuk menggunakan keperluan modal insan yang terdapat dalam
organisasi belia yang lain.
12.3 Perkembangan Sukan
SAPP mengambil berat tentang
pentingnya sukan dalam pembangunan Negara. Hingga kini SAPP akan menyokong
perkembangan sukan dengan memberi perhatian terhadap dana tabung dan
infrastuktur kesukanan dan memastikan semua kemudahan ini akan disalurkan
kepada semua peringkat.
12.4 Seni dan Kebudayaan
Untuk Belia
Menyedari kemunculan
generasi berbakat kreatif diSabah, Kerajaan SAPP akan memberi sokongan dan
menyediakan dana yang secukupnya untuk perkembangan seni, kebudayaan dan sektor
pembuatan perfileman yang begitu giat sekali di Sabah.
13 Memperkasakan Kaum Wanita
SAPP menyedari pentingnya
kaum wanita sebagai satu sumber dan memperakui hak asasi wanita terhadap pelbagai
peluang, keterbukaan kepada pelbagai sumber, penyertaan dalam proses membuat
keputusan dan pendedahan terhadap kuasa. Sokongan padu diberikan kepada kaum
wanita dalam apa juga bidang kemajuan masyarakat.
SAPP berikrar:
- akan berusaha untuk
mempertingkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang utama pembentukan dasar
baik dalam kerajaan atau pun dalam bidang politik.
- menggalakkan kaum wanita
dalam penampilan dibidang ekonomi di Luar Bandar dengan memfokuskan kepada apa juga
sumber yang ditawarkan.
- memastikan wanita sebagai
ketua keluarga akan diberi peluang mendapatkan bantuan perumahan dan kewangan.
14 Pembangunan ICT
Kerajaan SAPP akan
melaksanakan satu program berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dalam
perkara penambahbaikan infrastuktur ICT dengan mengambil tindakan berikut:-
- menubuhkan infrastruktur
informasi Pan Borneo.
- memberikan perkhidmatan
internet percuma untuk semua sekolah di Sabah.
- membina "Pusat
E-Tuisyen" yang akan memberi perkhidmatan tuisyen percuma untuk semua
sekolah melalui perkhidmatan internet.
15. Penubuhan Suruhanjaya
Aktiviti Perjudian
Rakyat Sabah membelanjakan
RM 700 juta setiap tahun terhadap aktiviti perjudian berlesen. Ini telah
mengakibatkan gejala sosial dan penjejasan ekonomi Sabah yang begitu serius.
SAPP berikrar untuk
menubuhkan 'Suruhanjaya Aktiviti Perjudian' bertujuan untuk membasmi dan
memantau aktiviti perjudian yang begitu rancak di Sabah.
Suruhanjaya aktiviti
perjudian ini akan membuat kajian pemantauan dan mencadangkan kepada kerajaan
Negeri dan Pusat tentang dasar dan penguatkuasaan yang diperlukan untuk
melindungi ekonomi rakyat dari gejala kotor perjudian.
Khidmat kaunseling akan
ditawarkan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu
penagih judi membuang tabiat buruk ini. Usaha khusus akan dilaksanakan bersama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mengenalpasti dan
menghalang aktiviti perjudian internet.
16. Keperluan Tenaga Kerja
Dan Pendapatan Sara Hidup
Pengeluaran produktif
tenagakerja tempatan telah ketinggalan begitu jauh dibelakang dibandingkan
dengan negeri dan kawasan lain. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem
pembelajaran, dasar tenagakerja dan struktur sosio-ekonomi kita sejak berdekad
yang lalu.
SAPP percaya gaji minima
untuk tenagakerja tempatan akan berhubungkait dengan pengeluaran produktiviti
dan di atas tahap kemiskinan.
Dengan itu, SAPP
mempertahankan dasar pendapatan sarahidup. Kita juga memerlukan pekerja asing
untuk memenuhi perkembangan ekonomi Sabah, akan tetapi ianya harus diberi
perhatian dan pemantauan yang teliti.
Untuk mencapai perseimbangan
ini, perundingan secara rapi dan ikhlas harus diadakan antara kerajaan,
pertubuhan pekerja, persatuan majikan, konsultan bebas dan pakar perunding.
Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana cerah, mesra dagang ekonomi dimana
tenagakerja akan dibayar secara adil disekitar suasana kerja yang lebih
kondusif.
17. Konsol Asing
Kerajaan SAPP akan mendesak
penubuhan Konsol Asing di Sabah seperti Konsul Philipina, Konsul China dan
lain-lain.