By : Lucifer Morningstar
Kekalahan saman Musa terhadap Shafie dan Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Sabah jelas menunjukkan Muhyidin dalam keadaan telur tersepit. Namun menjadi tanda tanya siapa yg sepit telur Muhyidin?
Jika dilihat dari kronologi awal hingga akhir pemfailan kes Musa berkenaan, adalah sangat menjelikkan apabila beliau sangat terdesak menyaman TYT Sabah demi mempertahankan kepentingan dan segala aset bernilai Trillion di negeri Sabah.
Muhyidin yang menjadi permerhatian seluruh masyarakat Malaysia kerana kelicikan beliau merampas kerajaan Malaysia sedia ada melalui “Back Door” kini terpaksa berhati-hati ibarat bagaikan menarik rambut dalam tepung. Segala kata putus mesyuarat rahsia pentadbiran kerajaan hendaklah dikatakan memenuhi aspirasi rakyat Melayu khususnya “Kerajaan Bumiputera Bersatu”.