CACAT......Bari sedang menunjukkan kecacatan yang dialami isterinya akibat kebakaran rumah mereka berlatar belakang tiang rumah mereka yang belum dibina kerana tidak mampu.
Oleh : MUTALIB M.D
HASRAT ADUN Tungku, Datuk
Mohd Suhaili Said mencontohi kepimpinan Khulafa Arrasyidin mungkin hanya mimpi
di siang hari kerana bukan sahaja tidak mempedulikan penyebaran syiar Islam;
malah mengabaikan kebajikan para pengundinya.
Kesengsaraan yang dideritai mangsa kebakaran tidak berjaya menjejak sifat mulia 'Pewaris Nabi' di hati Suhaili yang menjadikan politik sebagai 'Kitab Suci'.
Mangsa kebakaran pada 2005, Bari
Bin Musad, 31, yang menetap di Kampung Semuning, Tambisan masih menunggu janji
demi janji Suhaili untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT sehingga terpaksa
menumpang di pondok mertua yang lebih daif daripada kandang ayam.
Setiap tahun dan
menjelangnya kempen pilihanraya, Bari hanya menunggu janji Suhaili menjadi
realiti, namun kini sudah hampir tujuh tahun, janji Suhaili semakin palsu,
termasuklah tercicir daripada mendapat sebuah rumah PPRT Felda di Kampung Nala
yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"Saya tidak tahu lagi
ke mana mau mengadu dan pasrah nasib saya kepada Allah Subhanawatalla. Begini
malang nasib saya, tiada yang mahu menghulur bantuan atau belas ihsan,"
kata Bari yang sedih dengan nasib malang yang menimpa keluarganya.
Menurut Bari, sejak 20005,
beliau menaruh harapan yang tinggi agar Suhaili dan Ahli Parlimen Silam, Haji
Salleh Kalbi datang membantu; namun harapannya punah kerana bukan sahaja tidak
pernah menerima sebarang bantuan daripada Adun dan Ahli Parlimen; malah Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) juga menafikan hak mereka untuk mendapatkan
bantuan peralatan rumah setelah rumah mereka hangus terbakar.
"Saya tidak tahu di
mana lagi mahu mengadu jika semua pemimpin UMNO dan BN membelakangkan saya
sekeluarga," ujar Bari yang cuba menghubungi Tuan Yang Terutama Yang
DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, tetapi sering dihalang oleh para pegawainya.
Kata Bari, beliau masih
mengharapkan belas ihsan Tun Juhar kerana berasal dari Kampung Tambisan; apatah
lagi dengan kedudukannya sebagai TYT sekarang.
"Saya tidak tahu kenapa
mereka tidak langsung mempedulikan saya. Apa salah dan dosa saya sehingga
anak-anak saya jadi mangsa," ujar Bari yang sebak kerana mengenangkan
kematian dua orang anaknya, Mohd Azril, 9 dan Mohd Azfarhan,5 dalam tragedi
malang berkenaan.
HARAPAN......Bari bersama anak dan isterinya di tapak rumah impian mereka.
EHSAN.......Agak ganjil jika Suhaili tidak mempunyai belas ehsan melihat penderitaan yang dialami Mohd Azlim akibat kebakaran berkenaan.
JATI......Bari menunjukkan MyKadnya membuktikan beliau bukan PATI tetapi Anak Jati.
DAIF.....Bari terpaksa menumpang di pondok mertuanya yang semakin uzur.
Tegas Bari, bukan sahaja
beliau tidak mendapat sebarang bantuan daripada JPKA, malah isterinya, Sulbiah
Bte Mohd Salleh, 28, yang terbakar hampir 60 peratus, turut tidak mendapat
sebarang bantuan.
Dalam keadaan cacat, isterinya
terpaksa menjaga lima orang anak mereka yang masih kecil, Azlinda, 11; Mohd
Azlim, 10; Mohd Azfazril, 6; Azfarhaneta, 2 dan Mohd Azrazif, 1 ketika beliau
terpaksa bekerja sebagai buruh kasar dan juga nelayan.
"Jika ada ehsan
Kerajaan, saya hanya mengharapkan sebuah rumah untuk tempat anak-anak dan
isteri saya berteduh kerana pondok mertua saya tidak lagi sesuai untuk
dihuni," kata Bari seraya menuding jari ke arah tiang rumah impian yang
terpacak sejak sekian lama.
Kata Bari, jika mereka yang
sudah mempunyai rumah diberikan rumah oleh Suhaili, maka beliau agak hairan
kenapa permohonannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT atau PBR tidak langsung
dipedulikan Suhaili.
"Saya anak jati Tambisan
bukan PATI. Mungkin kerana itulah saya tidak mendapat sebarang bantuan,"
kata Bari dengan nada kesal.