Friday, 12 June 2020

BREAKING NEWS : 5 YB WARISAN BAKAL MASUK PERIKATAN NASIONAL?



By: Sabahkini.net Krew

TEGUH....Shafie mengharap kesemua ahli Warisan teguh di belakang beliau sampai bila-bila

Dikhabarkan 5 orang YB Warisan bakal keluar dari Parti Warisan Sabah dan bakal menyertai Parti Perikatan Nasional pada hari ini 12/06/2020 Jumaat.

5 Orang YB Warisan yang dihubungi berkata bakal mengeluarkan pengumuman keluar parti itu pada bila-bila masa bermula hari ini. Apbila ditanya alasan keluar parti, kesemua Yb berkenaan menyatakan perasaan tidak suka kepada parti Warisan malah menyatakan bahawa parti Warisan tidak lagi Releven di negeri Sabah. Adakah Warisan Sabah bakal tumbang dengan sendirinya?

Thursday, 11 June 2020

Shafie: Tiga kali Anifah hubungi Mohammadin minta lompat parti





Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mendakwa bekas menteri pelancongan, Mohammadin Ketapi dipujuk oleh Anifah Aman supaya meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata tiga kali bekas menteri luar itu menghubungi wakil rakyat berkenaan supaya melompat parti.

"Mohammadin maklum kepada saya sudah dihubungi tiga kali oleh Anifah aman pujuk berbagai perkara yang sekiranya nak memasuki parti perjuangan mereka.

"Saya tanya (Mohammadin) you sure (awak pasti)....Mohammadin kata saya tahu suara dia, saya tahu nombor telefon dia," katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Tuesday, 9 June 2020

Musa Aman bebas 46 tuduhan



Oleh Ahmad Johari Ali
ajohari@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Sepatutnya hari ini dijadualkan bagi pengurusan kes.

Friday, 7 February 2020

KENYATAAN AKHBAR YBHG DATO’ SRI ANIFAH HAJI AMAN, MANTAN AHLI PARLIMEN P.176 KIMANIS DAN MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA BERKENAAN CADANGAN KERJASAMA PARTI POLITIK YANG BARU





Baru-baru ini terdapat desas-desus usaha pembentukan kerjasama parti politik baru yang dikatakan bakal melibatkan beberapa parti dalam Kerajaan dan beberapa parti dari pihak pembangkang. Secara tidak langsung, sekiranya kerjasama tersebut benar-benar termeterai maka ianya boleh menamatkan gabungan Pakatan Harapan sekaligus menukar Kerajaan yang sedia ada.

Tidak ada salahnya menyokong pembentukan kerjasama politik baru ini sekiranya kelebihan kepada rakyat untuk berbuat sedemian. Apa yang penting adalah para pemimpin politik harus menyedari amanah kekuasaan terletak pada prestasi mereka memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Sekiranya Kerajaan pada hari ini tidak mampu memberikan prestasi yang diharapkan oleh rakyat maka sewajarnya kerjasama baru dan Kerajaan baru yang lebih cekap dan berwibawa dibentuk dengan segera.

Saturday, 1 February 2020

SURAT TERBUKA : ADUAN PENARIKAN DAN PEMBERIAN GERAI MAJLIS DAERAH KUALA PENYU


"HOI HOI YA HOI...SAYA MACAI PENYAMUN...HOI HOI YA HOI DI DALAM INI NEGERI..."

Salam Perpaduan dan salam bebas Rasuah di bawah naungan kerajaan baharu Warisan.

Surat terbuka ini ditujukan khas buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP)

Kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mohon siasat salah laku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu ke atas pemberian lot-lot gerai Majlis Daerah Kuala Penyu.

Wednesday, 8 January 2020

MAJLIS DAERAH KUALA PENYU SALAHGUNA KUASA TENDER PROJEK?



By : Krew Sabahkini.net

IKLAN TENDER PROJEK.....hanya dipamir 3 hari sebelum tarikh tutup


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat salahlaku  Majlis Daerah Kuala Penyu dalam perlaksanaan pemberian tender projek .

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Cyrel Kissi disyaki telah banyak menyalahgunakan kuasa eksekutifnya sehingga memberi tender projek kepada Kroni pilihan beliau tanpa melalui prosedur yang sah!

Laporan demi laporan telah pun dihantar kepada SPRM akhir tahun lalu namun tiada tindakan susulan mahupun sebarang respon yang diberikan.

Menurut beberapa Kontraktor yang dihubungi Sabahkini.net berkata, hampir kesemua para Kontraktor sah dan berdaftar dalam daerah Kuala Penyu tidak lagi mendapat peluang memohon tender terbuka daripada Majlis Daerah Kuala Penyu sejak Parti Warisan memerintah negeri Sabah.

Friday, 3 January 2020

Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia




YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru guru dan masyarakat. KPM dibawah kepimpinan YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progresif dalam merencana reformasi pendidikan negara.

Antara sumbangan beliau dalam tempoh yang singkat ini adalah:

Tuesday, 31 December 2019

PANDUAN POLIGAMI BUAT PARA SUAMI




NUSYUZ....suami tiada hak menfitnah isteri mahupun mengisytiharkan NUSYUZ, kuasa tersebut DIPUTUSKAN oleh MAHKAMAH TINGGI SYARIAH 

Setiap hari kita seringkali mendengar rintihan tangisan kisah-kisah rumahtangga di media sosial khususnya. Tidak kurangnya cerita pergolakan rumahtangga diakhiri dengan penceraian disebabkan orang ketiga. Ada pulak yang memilih untuk meneruskan perkahwinan yang hambar walaupun tanpa nafkah sesen belah tujuh dan nafkah batin.

Sebaliknya, sesetengah para suami gemar memilih pintu belakang dengan cara bernikah senyap-senyap di luar negara dan Thailand menjadi trend pilihan utama.

Apakah poligami menjadi penyelesaian kepada permasalahan rumahtangga? Bagi para suami, menemui sang betina merpati yang mampu menyejukkan hati adalah racun kepada penawar hati yang gundah gelana. Manakala isteri pula dibiarkan menangisi takdir dan nasib sepanjang masa, seolah-olah neraka bagi sang isteri.

Dalam usaha sang suami mencari madu yang mampu menjaga rumah tangga agar lebih baik dalam pandangan Islam, ramai para suami masih belum mempunyai akses secukupnya dalam ilmu poligami dan erti nikmat perkahwinan.

Sunday, 29 December 2019

TIPS AGAR TIDAK MUDAH DITIPU SCAMMER




BY : Admin




SIKIT-SIKIT UGUT GUNA PEGUAM....Rowena scammer murahan yang sanggup membuang ahli keluarga sendiri semata-mata menutup kejalangan penipuannya dengan membuat Laporan Polis tanpa waran tangkap. Laporan polis Rowena yang bersifat 'untuk makluman sahaja' hanya bertujuan menakut-nakutkan orang awam. 


Kemajuan teknologi yang semakin pesat membangun dilihat banyak memanfaatkan kemudahan masyarakat dunia seperti pembelian jual beli online, pembayaran segala bil-bil secara online dan sebagainya.

Namun di sebalik keghairahan masyarakat menikmati kepantasan teknologi di hujung jari, mereka lupa bahawa scammer juga tumpang gembira menanti peluang untuk menipu secara online.

Syarikat-syarikat transaksi online kini dilihat wujud terlalu banyak seperti marketplace, mudah.my, lazada, shopee dan macam-macam lagi. Namun adakah mereka ini semua dapat menjamin transaksi anda dengan selamat? Pernahkah anda membeli barangan  letrik secara online umpamanya namun barang tersebut tidak dihantar sama sekali? Ya, semakin ramai yang menjadi salah satu modus operandi Scammer ini.

OPINION: THE THREE THINGS YOU SHOULD NEVER POST ON SOCIAL MEDIA


By : Paul Brandus


Don’t make it easier for scammers to steal your identity




 Keep some things private.

Got any good, clear close-up photos of your face online? You should take them down—unless you want to become the victim of identity theft, a nightmarish event which can wreck your life.

It’s one of the best things you can do to avoid getting ripped off—that’s according to one of the best scam artists of the 20th century, Frank Abagnale, the inspiration for the 2002 Leonardo DiCaprio movie “Catch Me if You Can.”

Between the ages of 16 and 21, Abagnale impersonated an airline pilot, a doctor, a lawyer—and wrote $2.5 million in bad checks. The FBI finally did catch up with him (the agent who led the chase was played by Tom Hanks), and Abagnale was sent to prison. After five years, he was given a choice: work with the FBI on combating fraud—or stay behind bars. That was 43 years ago. He’s been working with the Feds ever since.