Oleh: BRYAN CHANG SHAK HUNG
JUMLAH bancian penduduk di Sabah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2010 adalah begitu memeranjatkan, terutamanya dari segi bilangan penduduk melalui banci yang dijalankan pada tahun lalu.
Menjadi persoalannya, adakah anggaran bilangan penduduk tersebut boleh diterima sedangkan melalui banci yang dijalankan, tidak semua penduduk yang telah ditemual-bual atau disoal.
Perkataan ‘penduduk’ merujuk kepada orang yang menduduki kawasan tersebut, iaitu penduduk di Sabah, bermaksud bilangan orang yang menetap di Sabah tidak kira warganegara ataupun bukan warganegara.
Melalui perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Sabah mempunyai penduduk seramai 3,120,040 (1,606,890 adalah lelaki dan 1,513,150 perempuan).
Adakah angka ini termasuk keseluruhan kawasan yang ditemu-bual semasa banci dijalankan? Jawapannya adalah TIDAK. Melalui sebuah keluarga yang ditemui, mereka mempunyai seorang adik lelaki bersama ibunya menetap di Kota Kinabalu dan seorang lagi di Kuala Lumpur dan dirinya tinggal di Batu 6, tidak seorangpun daripada mereka yang pernah disoal oleh pihak pembanci untuk mendapatkan maklumat semasa kempen banci dijalankan.
Persoalan kedua adalah adakah angka berkenaan termasuk dengan angka penduduk di rumah setinggan? Jawapannya adalah TIDAK. Ini adalah kerana di Sandakan, terdapat sebuah perkampungan setinggan di Batu 3, begitu banyak rumah setinggan yang menempatkan penduduk setinggan; tidak kira warganegara atau pendatang tanpa izin, tidak pernah dikunjungi oleh pihak pembanci memandangkan perkampungan tersebut berada di atas bukit.
Menurut perangkaan tersebut, terdapat sebanyak 92.7% daripada 27.566 juta penduduk di Malaysia merupakan penduduk warganegara Malaysia dan hanya 7.3% bukan warganegara.
Di Sabah, jumlah penduduk yang dicatatkan adalah seramai 929,299 (tahun 1980), 2,468,246 (tahun 2000) dan 3,120,040 pada tahun 2010. Melalui perangkaan 2010, Sabah merupakan negeri yang ketiga teramai di Malaysia selepas Selangor dan Johor.
Persoalan ketiga adalah adakah ini bermakna jumlah berkenaan mencerminkan bilangan penduduk yang tepat dari segi bilangan penduduk di Sabah setelah beberapa bukti dan contoh yang diberikan tidak memenuhi kriteria semasa banci dijalankan?
Di samping itu juga, pertambahan penduduk sebanyak 300% sejak tahun 1980 hingga 2010 juga tidak tepat memandangkan ia tidak melibatkan penduduk dari kalangan pendatang tanpa izin yang menghuni di negeri Sabah ini dan ia sepatutnya melebihi daripada jangkauan dan boleh mendatangkan kebimbangan kepada penduduk asal yang sah di bumi Sabah dan khususnya di Sandakan ini.
This may not be the best way to calculate the population within a country or state.
ReplyDeleteIt's difficult for the government to plan developments if the population of a certain area is incorrect.
ReplyDeletehendak mendapatkan maklumat yang benar2 tepat mmg sukar kerana tidak semua penduduk dpt dibanci terutamanya yang tinggal di ceruk2 pedalaman. apapun, dilihat sabah mempunyai pertumbuhan penduduk yang begitu mendadak.
ReplyDeletebancian semula kena dibuat semula.
ReplyDeletememang sukar untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar tepat. namun, mendapatkan maklumat yang tepat penting untuk tujuan merancang pembangunan.
ReplyDeleteianya hanya anggaran dan mungkin tidak tepat 100%..
ReplyDeleteapa pun sebaik-baiknya sesuatu maklumat itu haruslah tepat agar tidak mengelirukan.
ReplyDeletetugas membanci penduduk bukannya mudah. sebaik kerajaan mengumumkan bila tarikh bancian akan dimulakan, tunggulah kedatangan mereka dengan tangan dan hati terbuka. jangan pula tutup pintu rumah. cuba tanya apa pengalaman pekerja2 yang membuat bancian. ada yang dikejar anjing, pintu rumah ditutup rapat, panggilan tidak dijawab, dihalau tuan rumah dan macam2 lagi yang telah dilalui oleh pembanci... jadi bagaimana kita mampu memperolehi maklumat yang tepat jika ada diantara penduduk yang tidak memberikan kerjasama?? apa susahnya memberikan kerjasama 100% hanya 10 tahun sekali?? tenaga kerja yang melakukan bancian juga hanya melibatkan 29000 orang, mereka inilah yang berhadapan dengan lebih 27 juta rakyat Malaysia.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan kepada pengkritik, pembancian dilakukan memang untuk mengira jumlah penduduk. Tapi tidak semetinya pengiraan adalah tetap. Lagi pun ada sesetengah pihak yang tidak memberikan kerjasama. Maka sukar untuk kita mendapat maklumat mereka. Maka anggaran dilakukan bagi memberikan kata putus dari bancian dilakukan.
ReplyDeleteThe calculation of population need to be conducted carefully.
ReplyDeleteAgree with Hosie Masie, it's not an easy job to calculate the population. It's important for the people to provide cooperation to them so they could get accurate number of population.
ReplyDeleteTerus terang kami pun tak pernah kena i/view pasal banci tapi depan pintu ada kad banci. hehehe
ReplyDeleteTapi tak dinafikan bukan senang nak kira penduduk di Sabah melalui banci.. Apapun, saya harap hal ini mendapat perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteKalau tidak betul, cuba mencari sebab mengapa bancian itu tidak tepat. Cuba lagi sampai dapat.
ReplyDeleteSamada buat bancian balik atau terpaksa menerima kenyataan?
ReplyDeleteMungkin faktor pembanci yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.
ReplyDelete