Oleh : AZMAN ARIFFIN
BERNAMA semalam memetik kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar sebelah kiri) yang dikatakan mempertikai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan The Wall Street Journal (TWSJ) pada 26 Januari.
Abdelaziz dipetik sebagai berkata; ”We are shocked and suprised by the weird statement in which he (Anwar) supported the security of Israel“. Tambahnya lagi, ”We do not know who needs the security actually, Israel has more than 200 types of nuclear weapons and an army armed with all the lethal weapon”.
Dari kenyataan itu, jelas pada mata penulis bahawa Duta Palestin ini telah keliru atau dikelirukan oleh pihak-pihak berkepentingan (dalam hal ini Kerajaan Malaysia) yang seboleh-bolehnya cuba menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam isu Israel-Palestin ini.
Penulis yakin, sebagai seorang duta, Abdelaziz sudah tentu mempunyai kebolehan memahami teks Inggeris dengan baik, tanpa dibantu oleh sesiapa.
Oleh itu penulis juga ‘pelik’ bagaimana beliau menafsir Anwar sebagai ‘aneh dan pelik’ hanya berdasarkan satu perenggan atau lebih teruk satu baris ayat dalam temuramahnya dengan TWSJ?
Atau mungkin juga standard seorang duta dari negara seperti Palestin ini tidak sehebat negara-negara lain yang lebih stabil sistem pentadbiran dan pendidikannya.
Jika itu benar, maka ia amat memalukan dunia diplomatik kerana Taliban yang pernah mentadbir Afghanistan pada satu ketika pun boleh menghantar duta yang memahami Inggeris dengan baik di serata negara di dunia yang mengiktiraf kerajaannya.
Alasan penulis untuk berkata demikian mudah, seperti yang sering disebutkan sebelum ini, keseluruhan temuramah yang dijadikan isu itu ialah berkenaan melindungi hak rakyat Palestin yang ditindas oleh regim Israel.
Manakala, sebaris ayat yang ditafsirkan sebagai ’sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel’, seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar sendiri adalah merujuk kepada Inisiatif Keamanan Arab dan konsep ‘Two States Solutions” dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel ini.
Abdelaziz mungkin terlupa bahawa Anwar pernah mengetuai perarakan lebih 50 ribu orang rakyat Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jun 2010 untuk membantah tindakan kejam komando Israel ke atas flotila keamanan Gaza.
Adakah itu tidak cukup baik untuk menunjukkan pendirian Anwar dalam isu Israel-Palestin ini?
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, penulis rasa Datuk Seri Anwar sendiri perlu mengadakan pertemuan dengan Duta Palestin ini bagi menjelaskan isu sebenar yang cuba disampaikan dalam temuramah dengan TWSJ tersebut.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pertemuan antara Anwar dengan duta-duta asing di negara ini bukanlah satu perkara baru, malah telah dilakukan sejak lama dahulu untuk menjelaskan keadaan semasa di Malaysia dari sudut pandang berbeza.
Akhir sekali, penulis sangat-sangat berharap, kenyataan berat sebelah Duta Palestin ini tidak akan sama sekali menggugat hubungan baik antara Malaysia dan Palestin di masa hadapan, terutama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negara ini dari BN.
I don't blame them from being confused, I'm sure many Malaysians are pretty confused themselves.
ReplyDeleteAnd why they are get confused? Some people or media purposely speculate this matter. It is better if the people read and understand the whole context before making any remarks on it.
Deleteharus diperjelaskan agar tidak lagi timbul kekeliruan.
ReplyDeleteThis has gone out of hand. What is suppose to be an internal affair has spiral into the international scene.
ReplyDeletehopefully the government will rectify the situation
ReplyDeleteMenteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kenyataan Anwar yang merakamkan sepenuh sokongan kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel adalah satu kenyataan yang menyedihkan dan memalukan serta patut dikesali dan dikecam
ReplyDeleteBeliau juga berkata kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.
DeleteKalau dua-dua ego tidak mahu cari jalan penyelesaian, sampai bila-bila pun negara mereka sentiasa dalam pergolakan.
Deleteadakah Anwar ni benar2 menyokong Israel atau kenyataannya hanya diputarbelitkan?
DeleteAlexis, I'm not sure either if Anwar is truly supporting Israel. He has made many statements lately that is out of the blue.
Deletelepas bebas dari tuduhan liwat, timbul lagi isu baru tentang Anwar. agaknya hidup Anwar ni tak akan pernah aman.
ReplyDeleteBairkan saja apa yang ingin dikatakan, namun semua itu akan dinilai sendiri oleh rakyat mengenai apa yang Anwar katakan dalam temubual The Wall Street Journal (TWSJ).
ReplyDeletebukankah Anwar memang biasa membuat kenyataan yang mengelirukan?? bila ada pihak yang mentafsirkan kenyataan beliau secara negatif, mula la timbul dakwaan kononnya media kerajaan memutar belitkan kenyataan beliau..
ReplyDeleteAnwar sepatutnya membaca semula kenyataan beliau sebaik diterbitkan oleh media kerajaan.. jika ada mana2 laporan media tersebut bertentangan dengan kenyataan ketika beliau ditemuramah, beliau sendiri sepatutnya tampil memberikan penjelasan, bukannya pihak lain..
ReplyDelete