LAMBAIAN...Tun Juhar Mahiruddin (duduk kiri) Dato Seri
Shafie Apdal (kanan belakang); Dato Sri Nasir (duduk depan) dan Tokoh Lepa, Haji
Bokara (berdiri dua kiri) mengabadikan kenangan di dalam Lepa Cantik Universiti
Malaysia Sabah yang turut mengambil bahagian sempena Pesta Sukan Air Regatta
Lepa Ke-19 Semporna 2012.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
LAMBAIAN Sambulayang
berwarna-warni yang menjadi simbol keraian menghiasi Lepa Cantik dan yang
dipasang setiap rumah sepanjang jalan raya sejauh 14 kilometer dari pekan
Semporna telah diturunkan sebaik sahaja acara kemuncak Majlis Malam Penghargaan
& Penutupan Regatta Lepa Ke-19
Semporna 2012 berakhir pada malam ahad lalu.
Temasya Regatta Lepa
memperagakan pelbagai pengisian aktiviti termasuklah Karnival Pembangunan
Pendidikan Dan Keusahawanan; Program Kolokium Suku Kaum Bajau di Bukit
Tengkorak yang khususnya memperkatakan sejarah Daerah Semporna dan pelbagai
pameran perniagaan yang disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Selain itu turut dihidangkan persembahan tarian tradisi;
persembahan muzik; pakaian tradisi; acara Perarakan Tanglong; Pertandingan Ratu
Lepa; Malam Maglami-Lami dan Konsert Mesra Malam Penghargaan Regatta Lepa serta
Sukan Laut di dataran Regatta Lepa.
Perarakan Lepa Cantik
khusus mengetengahkan kecantikan perahu Lepa berukiran dihiasi sambulayang dan
tipas-tipas sambil sepasang teruna dara menari tarian tradisi dihadapan perahu
berarak dihadapan para tamu dan pelancong di Dataran Lepa cukup menggugah
perasaan.
Pesta Regatta Lepa
yang dirayakan beberapa hari lalu itu juga merupakan suatu temasya gemilang
mengangkat seni warisan suku kaum Bajau di pantai timur Sabah sebenarnya
mempunyai nilai estetika yang tinggi dan telah mengangkat nama Daerah Semporna
dan negeri Sabah sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di
peringkat antarabangsa.
Pesta yang pada dasarnya
lebih tertumpu kepada kegemilangan perahu tradisi yang dikenali Lepa menyorot
kembali kekentalan semangat juang masyarakat pelaut zaman silam dalam meniti
arus kehidupan di tengah lautan samudera.
Melalui pelbagai
acara baru dan penambahbaikan program pengisian dalam Regatta Lepa menunjukkan
bahawa pihak penganjur sentiasa berusaha meningkatkan daya tarikan Regatta
Lepa, sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu pesta bertaraf antarabangsa
yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Dato' Sri Haji Nasir
Tun Sakaran selaku Menteri Di Jabatan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Senallang, turut menzahirkan terima kasih kepada
pihak-pihak yang terlibat menjayakan pesta Regatta Lepa termasuklah pihak media
massa; Media Letronik; Media Maya dan syarikat-syarikat pelancongan.
Nasir
menjelaskan,penyertaan individu, dan organisasi dalam acara yang diadakan juga
telah berjaya meningkatkan saingan dan kehangatan pesta Regatta Lepa kali ini.
TANGLUNG.......Sebahagian Tanglung Lepa yang
dipertandingkan dan orang ramai yang membanjiri padang pekan Semporna sempena
malam Penghargaan dan Penutupan Regatta Lepa Semporna Ke-19 Tahun 2012.
RATU...Pemenang-pemenang Ratu Lepa Semporna Ke-19 dengan
hadiah masing-masing selepas dinobatkan dalam majlis Penghargaan dan Penutupan
Regatta Lepa Ke-19 Semporna 2012 di padang Pekan Semporna.
Katanya, Pesta
Regatta Lepa telah turut berjaya memangkin semangat keusahawanan yang tinggi, kerana
kita dapat melihat para usahawan turut mengambil peluang membuat jualan produk
masing-masing hingga menambah kemeriahan suasana benar-benar dapat dirasai.
Walau pun sekali sekala wujud kesesakan di jalanraya, namun dari satu segi yang
lain, ia memberi kesan positif kepada ekonomi masyarakat Semporna.
”Dalam kesempatan
ini, saya bersama para pemimpin serta warga penduduk Semporna dengan ini
mengalu-alukan kehadiran para tetamu kita Ahli-Ahli Yang Berhormat EXCO Luar
Bandar dari seluruh negeri di Malaysia, yang turut berkampung di Semporna pada
kali ini. Saya yakin bahawa ahli-ahli EXCO sekalian telah dapat menyaksikan
sendiri dan merasai sedikit pengelamanan mengenai kehidupan masyarakat luar
bandar, khususnya Semporna ini,” kata Nasir.
Menurutnya lagi, kalau
dahulu Semporna dianggap mundur dan sekarang bertukar wajah dengan adanya
pembangunan yang drastik sejak Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini.
Pembangunan dari segi infrastruktur seperti bangunan kedai-kedai,
pejabat-pejabat kerajaan, kilang-kilang perindustrian amat membanggakan.
Begitu juga
pmbangunan dari segi perubahan sikap penduduk
di daerah ini seperti mahu bekerja keras dengan memperbaiki cara hidup
daripada tahap kemiskinan kepada tahap berkemampuan. Semua ini kerana Kerajaan
pada hari ini amat prihatin untuk menjadikan rakyat hidup dalam keadaan selesa,
aman dan bahagia.
”Sesungguhnya, konsep
1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri telah pun kita
terjemahkan dalam Pesta Regatta Lepa ini apabila masyarakat dari pelbagai etnik
dan kaum, serta dari luar daerah dan negeri dapat berkenalan antara satu sama
lain di setiap aktiviti yang dianjurkan,”kata Nasir.
Nasir berkata, Negeri
Sabah dan khususnya Daerah Semporna amat bertuah kerana terus dikurniakan
dengan pimpinan negeri dan negara yang bijak dan komited dalam misi membangun
negeri yang tercinta ini.
Ujarnya menambah, kepimpinan
Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Hj Abd Razak, Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Panglima Musa Hj.Aman telah memperlihatkan impak pembangunan ekonomi yang
positif di daerah ini. Pelbagai usaha telah laksanakan dalam meneroka lebih
banyak pembangunan yang membawa kesejahteraan kepada anak-anak kita di masa
hadapan.
PERARAKAN...Sebahagian daripada sembilan buah Lepa Cantik
Asli yang berarak melintasi Dataran Lepa sempena Pesta Sukan Air Regatta Lepa
Ke-19 Semporna 2012.
PEMENANG...Tun Juhar Mahiruddin (kanan) diringi Dato Seri
Mohd.Shafie (dua kanan) dan Dato Sri Nasir(tengah) menyampaikan hadiah enjin
sangkut dan replika cek kepada pemenang ketiga Lepa Cantik, Haji Bokarah (kiri)
sempena Pesta Sukan Air Regatta Lepa Semporna Ke-19 Tahun 2012 di Dataran Lepa
Semporna.
PELANCONG...Datuk Seri Shafie (tengah) diringi Dato' Sri
Nasir (dua kanan); Datuk Ramlee (belakang Shafie) dan Mohd Azis Jamman (kanan)
berbual mesra dengan salah seorang pelancong dari Eropah yang turut menyaksikan
Pesta Sukan Air Regatta Lepa Ke-19 Semporna.
Hadirsama sempena
majlis penutupan itu Yang DiPertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji
Sakaran Dandai dan isteri, Toh Puan Hjh Siti Rukaiyah; Menteri Kemajuan Luar
Bandar & Wilayah, Dato Seri Mohd.Shafie Apdal dan isteri; Pembantu Menteri
Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Hj.Ismail; Pengerusi BaitulMal
merangkap Adun Sulabayan, Datuk Harman Mohammad; Adun Bugaya, Datuk Haji Ramlee
Marahaban, Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan; EXCO-EXCO Kerajaan Negeri
dari seluruh negeri; Pegawai Daerah Semporna; Ketua-Ketua dan Pegawai-Pegawai
Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Para Pemimpin Masyarakat.
Sempena Majlis Malam Penghargaan
& Penutupan Regatta Lepa ke-19 yang dilakukan Menteri Kemajuan Luar Bandar
& Wilayah, Datuk Seri Mohd.Shafie Hj.Apdal itu telah diserikan dengan
pelbagai persembahan yang gilang gemilang termasuklah persembahan nyanyian
Misha Omar dan Anuar Zain; di samping persembahan tarian tradisi oleh Kumpulan
Petras, nyanyian tersohor suku kaum Bajau, Den Bisa dan penyampaian hadiah
pertandingan Tanglung Lepa.
Keunikan Sabah ada pada budayanya
ReplyDeleteInilah salah satu yang menjadi tarikan ramai pelancong untuk datang ke Sabah.
DeleteSabah mmg unik dgn pelbagai warisan dan budaya.
ReplyDeletePesta ini perlulah dikekalkan sebaiknya. Pesta ini antara pesta yang terbesar di Sabah jadi kita perlu menurunkan kemahiran ini pada generasi yang akan datang.
ReplyDeletesyabas kepada penganjur2 Regatta Lepa kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pesta besar seperti ini..
ReplyDelete