Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Tanpa
pertandingan untuk dua jawatan tertinggi, Presiden dan Timbalan Presiden Umno
pada penghujung tahun ini, ia bakal menunjukkan parti berkenaan tidak
mengamalkan demokrasi dalam pemilihannya, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk
Seri Idris Jusoh.
Menteri Pendidikan II itu
bagaimanapun turut berkata gandingan Perdana Menteri, yang juga merupakan
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin
adalah gandingan sudah cukup mantap.
"Saya lihat situasi
sekarang mereka memang cocok ... kita
kalau banyak sangat pertandingan pun tak perlu juga.
"Tapi kalau tiada
pertandingan nanti orang kata tiada demokrasi," katanya kepada pemberita
selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
"Presiden pun saya rasa
tiada halangan (bertanding)," katanya lagi.
Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Abdul Rahim Bakri sebelum ini berpendapat dua jawatan tertinggi parti
Melayu itu sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini demi
memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota Umno, parti yang menjadi
tonggak Barisan Nasional (BN).
"Ini mengambil kira
suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi
dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik
di setiap kerajaan dan negara di dunia," katanya.
Abdul Rahim yang juga
anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi
"westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti
Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga
mewujudkan "hung" parlimen.
"Kesimpulannya
pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan 'kem kem'
dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan
politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan
melemahkan parti," katanya.
Abdul Rahim berkata suasana
sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada
usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno dan BN mampu
menghadapi PR.
Najib juga dilihat bersifat
terbuka dengan menyatakan kesediaan menerima cabaran bagi jawatan berkenaan,
malah sedia ianya dipertandingkan.
Menurutnya lagi, sebagai
sebuah parti demokrasi, beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding
jawatan presiden.
“Kita bukan macam parti
lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding,” katanya.
Idris bagaimanapun
menjelaskan, pertandingan untuk jawatan berkenaan bagaimanapun menerima banyak
pendapat.
"Jika tiada
pertandingan lebih baik ... Ia ada dua pandangan, satu kata tak perlu, satu
lagi kata perlu.
"Kalau nak senang tidak
perlu bertanding ... tapi kalau tidak bertanding orang kata tiada
demokrasi," jelasnya lagi.
Tindakan wakil rakyat pembangkang tidak hadir Sesi Taklimat Dewan Rakyat Ke-13, adalah tidak bertanggungjawab.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia jelas pemimpin pembangkang bukan saja tidak menghormati proses berparlimen sebaliknya tidak berterima kasih kepada rakyat yang meletakkan mereka sehingga ke kedudukan itu.
ReplyDeleteMacam mana rakyat hendak hormat jika mereka tidak menunjukkan contoh baik, menghormati sistem demokrasi dan institusi Parlimen” Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia UMP
ReplyDeletePengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UMP), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata tindakan pembangkang menghasilkan masyarakat pincang hasil didikan pemimpin yang menonjolkan sikap tidak beradab, keras kepala dan sombong.
ReplyDeleteSelain memperlekehkan mandat rakyat apabila lebih mementingkan politik daripada agenda pembangunan negara, tindakan itu turut menggambarkan Ahli Parlimen pembangkang sanggup menghina diri sendiri di depan rakyat.
ReplyDelete“Jika tidak bersetuju dengan kerajaan, boleh dibahaskan dalam Parlimen, bukannya memulaukan aktiviti atau majlis anjuran Parlimen.
“Segala tindak tanduk Ahli Parlimen akan diperhatikan rakyat, macam mana rakyat hendak hormat jika mereka sendiri tidak menunjukkan contoh baik, menghormati sistem demokrasi dan institusi Parlimen yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata beliau yakin tindakan pembangkang itu rancangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kecewa kerana gagal menguasai Parlimen, sekali gus kempunan menjadi Perdana Menteri ketujuh.
ReplyDeleteAnwar bongkak
ReplyDelete“Anwar sangat yakin pembangkang akan menang PRU-13 dan dihebohkan ke seluruh dunia, apabila kalah, sikap bongkak Anwar menyebabkan dia tidak boleh menerima kekalahan itu, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.
“Dia menanggung malu sebesar-besarnya di seluruh dunia. Tindakan boikot ini hanya menghina diri mereka sendiri di depan rakyat. Jika mereka sanggup angkat sumpah menjadi Menteri Besar dan EXCO di negeri yang mereka menang, kenapa memboikot majlis Parlimen semata-mata kalah di peringkat Parlimen, ini yang dinamakan karenah ‘bad loser’,” katanya.
ReplyDeleteAnggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.
ReplyDeleteKetua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.
ReplyDelete"Bagi saya Umno merupakan parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am.
"Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di sini hari ini.
ReplyDeleteSambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.
Beliau yang menang dalam pertandingan itu dengan menewaskan dua lawannya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.
ReplyDelete"Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Bagaimana pun katanya, semua itu terletak dalam tangan angota parti untuk menentukan keputusan pada pemilihan parti itu nanti.
jika semua pihak setuju ia tidak dipertandingkan, ia tak ada masalah
ReplyDeleteJawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan ahli serta pemimpin UMNO terus kuat terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sewajarnya tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini. Beliau berkata justifikasinya adalah demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan anggota UMNO, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).
ReplyDeleteKatanya kejayaan kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan kemenangan selesa mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi Parlimen merupakan petanda bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan mendapat kepercayaan rakyat.
ReplyDelete“Ini mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
ReplyDeleteAbdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata negara yang mengamalkan sistem demokrasi “westminster” yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga mewujudkan “hung” parlimen.
ReplyDelete“Kesimpulannya pertandingan terbuka jawatan utama UMNO sudah tentu akan mewujudkan “kem kem” dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti akan melemahkan parti,” katanya.
ReplyDeleteAbdul Rahim berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan UMNO dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap.
ReplyDeleteSementara itu, di RAUB, Pahang, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan juga setuju dua jawatan tertinggi parti tidak perlu dipertandingkan demi menjamin kekuatan, survival parti dan perpaduan Melayu.
ReplyDeleteBeliau berkata gandingan Najib dan Muhyiddin telah berjaya memantapkan UMNO apabila memenangi 88 kerusi Parlimen pada PRU13 berbanding 79 kerusi pada PRU12. “Lebih bermakna apabila kita (BN) berjaya merampas semula Kedah dan Perak daripada pembangkang.
ReplyDelete“Misi UMNO dan Barisan Nasional ialah untuk mendapat majoriti dua pertiga undi rakyat pada PRU14 agar kerajaan yang dibentuk lebih mantap demi masa depan rakyat dan negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Raub kelmarin.
ReplyDeleteAhmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sebuah kerajaan yang kuat amat penting dan sangat diperlukan pada masa ini untuk menjamin kejayaan Wawasan 2020.
ReplyDeleteMenurutnya pertandingan dua jawatan tertinggi itu perlu dielakkan kerana boleh berlaku perpecahan di kalangan anggota parti dan orang Melayu yang kini sudah berpecah kepada penyokong PAS, PKR dan segelintir DAP.
ReplyDelete