Oleh: ARSHAD HUSSIN
KHAZANAH BANGSA...Tun Sakaran(dua kanan) diringi Dato Sri Nasir(kiri) dan Toh Puan Siti Rukaiyah(dua kiri) diberikan penerangan ringkas oleh salah seorang kakitangan Jabatan Muzium Sabah mengenai sebahagian pameran dan perahu Lepa yang turut dipamerkan sempena meninjau persiapan akhir Muzium Galeri Tun Sakaran di Semporna.
Semporna: Muzium Galeri Tun Sakaran (MGTS) dijangka bakal menjadi daya tarikan baru pelancongan di negeri ini apabila ia siap sepenuhnya dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.
Muzium dua tingkat berdasarkan konsep bangunan dua tingkat rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa itu, menempatkan sudut pameran koleksi Tun Sakaran, khazanah warisan daerah-daerah pantai timur khususnya di Semporna termasuk biografi dan koleksi mantan Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Sakaran Dandai.
Wakil Rakyat Senallang, Dato Sri Nasir Tun Sakaran yang mengiringi Yang DiPertua USIA dan Mantan Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Sakaran ke bangunan itu, berkata muzium itu dibina sebagai pusat rujukan bahan sejarah perjuangan pemimpin negeri Sabah serta gedung membina ilmu dan pemeliharaan warisan adat resam seni dan budaya Sabah.
Muzium bernilai lebih RM3 juta itu yang dibina di kawasan Kompleks Inabah Kamal Semporna,kira-kira dua kilometer dari pekan Semporna dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Turut serta dalam lawatan itu Toh Puan Datuk Seri Panglima, Hajah Siti Rukaiyah Bte Datuk Panglima Abdullah; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani, Pemimpin Unit Kemajuan Masyarakat, Mohd.Salleh Lakani,kakitangan Jabatan Muzium serta kakitangan UPPM dan Pejabat ADUN Senallang.
KENANGAN GALERI...Tun Sakaran (bersongkok);Toh Puan Siti Rukiayah(enam kanan);Dato Sri Nasir(enam kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian kakitangan Jabatan Muzium Sabah dan kaum keluarga sempena meninjau persiapan akhir Muzium Galeri Tun Sakaran di Semporna.
Tun Sakaran @ Hasyim Bin Dandai Bin Ajibuddin @ kajibuk Bin Jamaluddin @ Tola Bin Jalaluddin @ Ambali Bin Syariffudin Hasyim @ sunan Darjat seorang tokoh yang mewarisi zaman tuan simbo jalaluddin @ ambali sebagai penghalapan sultan ( Perdana Menteri ) kesultanan maguindanao pada zaman dahulu di mindanao sulu filipin . Beliau (Tun Sakaran ) Bapanya Keturunan Bangsa Bajau Kubang Semporna , Ibunya keturunan bajau suluk Tidung
ReplyDeletenukilan kerajaan bin hj pinampan @ muhammad sulaiman bin hj jikatan @ hassan bin jahaluddin @ kadda bin jamaluddin @ tola bin jalaluddin @ ambali bin syariffudin hasyim @ sunan darjat
Ada numb tel ka? Utk ke tmpt ni. Siapa yg bertugas sini?
ReplyDelete