Banner Anti-Rohingya....sengaja dijadikan modal hentam kerajaan Malaysia dan menjadi kontoversi semasa musim PKP
Tiga Hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita palsu berkenaan layanan kerajaan Malaysia terhadap pekerja asing.
Tanpa menyelidiki kedua belah pihak, Organisasi Al Jazeera yang terkenal dan kontroversi Pro-American Israel kini menuduh kerajaan Malaysia menindas pekerja asing semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu.
Menurut siaran youtube Aljazeera bertajuk “Lock up in Malaysia Lockdown”, berkata kerajaan Malaysia dengan sengaja melayan kesemua pekerja asing (sama ada mempunyai dokumen atau tidak) seperti anjing yang tidak bernilai.
Video yang berdurasi selama 25.50 minit itu dengan sengajanya mencari kesalahan kerajaan Malaysia. Pekerja asing dikatakan tidak diberi makanan , diherdik, diketuk menggunakan telefon bimbit, dipaksa menjalani ujian saringan covid19, dijemur tengah panas matahari dan dikurung seperti Penjenayah.
Terdahulu, beberapa orang pelarian perang Rohingya yang berada di Jerman tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan Malaysia tidak membenarkan pekerja asing menunaikan solat di mana-mana surau atau masjid sempena musim PKP. Aktivis berkenaan menyifatkan sebagai “Malaysian Racist” yang gagal mempertahankan nasib golongan Rohingya. Malah mereka mahukan tanah Selayang diberikan hak 100% kepada mereka. Tuntutan ini tidak dilayan malah kerajaan Malaysia menggesa mereka balik ke negara asal Maynmar kerana perang telah pun berakhir.
Aktivis Rohingya.....yang lari dari negaranya sendiri Myanmar dan berusaha keras menjadikan Malaysia sebagai penempatan warga Rohingya.
Atas kesempatan inilah media Aljazeera mempergunakan isu pelarian dan Rohingya untuk mencari kesalahan negara Malaysia. Mereka sedar kini kerajaan Malaysia sedang bergelut dengan masalah pergolakan politik yang masing-masing sibuk berebut kuasa menjadi Perdana Menteri.
Video youtube yang kini di “mute” kan ruangan komen berkenaan kini mendapat perhatian dunia dan rakyat Malaysia.
Namun, majoriti rakyat Malaysia menyokong pendirian kerajaan Malaysia dan menyerang page pro American Israel milik kerajaan Qatar berkenaan dalam halaman Facebook.
No comments:
Post a Comment