Tuesday, 24 January 2012

ADUN DIGESA BERTINDAK KES SELEWENG PERUNTUKAN

OLEH: KREW SABAHKINI.NET

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kuala Penyu, John Teo Mau Sing digesa tidak mendiamkan diri, sebaliknya bertindak tegas berhubung dakwaan penyelewengan projek kulat di Kuala Penyu melibatkan wang ratusan ribu ringgit, yang didakwa membabitkan seorang Penolong Pegawai Daerah dan mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR).

Perbuatan itu dikatakan sangat merugikan kerajaan di samping memalitkan arang terhadap nama dan imej Pejabat Daerah Kuala Penyu kerana merupakan jabatan pelaksana peruntukan tersebut.

Wakil rakyat, John Teo tidak patut membiarkan masalah itu tetapi harus membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan memohon supaya peruntukan dari KKLW itu digantung sementara siasatan selesai dilakukan, menurut seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ghani.

Kelemahan di pihak wakil rakyat dan sikap tidak bertanggungjawab pejabat daerah menyebabkan penyelewengan berleluasa dan membazirkan wang rakyat, katanya.

Dia mendakwa pejabat daerah terutama Pegawai Daerah, Edmund Teo mesti tegas dan meminta kerjasama pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan agar pegawai yang terlibat diambil tindakan.

Menurut penduduk itu, dana itu patut digantung dulu supaya siasatan dapat dilakukan jika tidak ADO akan membenarkan pembayaran melalui tunutan palsu rakan sekongkolnya itu. Penyelewengan ini dikatakan sudah berlaku lama dan hanya disedari oleh peserta projek kulat tersebut dan memberi maklumat kepada Sabahkini.Net.

ADO berkenaan dianggap pegawai paling bermasalah kerana salah laku dalam pengendalian projek di bawah Pejabat Daerah dan ramai kakitangan bawahan turut tidak menyenangi perbuatan beliau yang terlalu korup dan berlagak sangat berkuasa.

“Bukan kes ini saja tetapi Penolong Pegawai Daerah berkenaan turut dikaitkan dengan tidak ketelusan pelaksanaan projek jalan yang dibiayai Jabatan Ketua Menteri dan peruntukan Adun,” dakwa beliau.

Rakan sekongkolnya, mantan PKR pula dikatakan sepanjang menjadi menjadi PKR mampu membina rumah mewah dan membelia beratus ekar tanah di Membakut untuk ditanami kelapa sawit.

Tambahnya, pihak berkuasa harus turun padang dan menjalankan siasatan supaya apa-apa peruntukan yang disalurkan kerajaan menepati golongan sasar bukan menguntungkan individu dan pegawai yang korap sahaja.

“Pegawai Daerah harus memerhati pergerakan pegawai bawahannya dan ia harus bertanggungjawab terhadap perbuatan salah laku kakitangannya,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment