PERTAHAN....Azizah dan pemimpin akar umbi berdiri teguh mempertahankan BN demi mempertahankan kesejahteraan negara.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
RAKYAT diingatkan agar tidak menggadai kesejahteraan hidup yang dinikmati sejak negara mencapai kemerdekaan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyeru agar penduduk lebih rasional untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasioanal untuk terus mentadbir negara.
“Pentadbiran Kerajaan BN telah terbukti membawa kesejahteraan secara berterusan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan kepercayaan Agama. Jangan terpedaya dengan dakyah pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
“Jangan gadaikan kemakmuran dan kesejahteraan yang telah lama kita nikmati. Sedarlah bahawa bukan sesuatu yang senang untuk menukar sebuah kerajaan yang telah terbukti telah menjamin kebajikan rakyatnya.
"Lihatlah keruntuhan negara luar akibat kegagalan rakyatnya menangkis hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menggugurkan kerajaan yang ada,” katanya sambil memberi contoh keadaan kejatuhan kerajaan Mesir menambah burukkan keadaan kehidupan rakyatnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Dewan Serbaguna Kampung Kebulu di Beaufort.
RASMI......Azizah menandatangani plak perasmian Dewan Serbaguna Kg Kebulu Beaufort.
Hadir sama, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Musih, Ketua Daerah Wong Sameh, Pegawai Kebajikan Masyarakat Beaufort, Rokiah Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kebulu, Hamim Gundim dan pengerusi penganjur Dulakim Padi.
Azizah yang juga Adun Klias meminta agar pemimpin masyarakat di kawasannya agar tidak terlalu berpolitik tetapi lebih menumpukan perhatian terhadap usaha menjaga kebajikan rakyat dan pembangunan secara holistik.
“Peranan dan tugas pemimpin ialah menyelesaikan masalah rakyat dan merancang sesuatu pembangunan. Banyakkan bekerja untuk rakyat dan kurangkanlah bercakap tentang politik,” katanya.
Azizah juga menyeru agar pemimpin akar umbi sentiasa mendampingi rakyat untuk mengetahui lebih dekat lagi keperluan penduduk terutamanya mereka yang memerlukan sebarang bantuan.
“Pertemuan-pertemuan dengan penduduk setempat amat perlu, bukan sahaja sebagai wadah hubungan yang baik diantara rakyat dan pemimpin tetapi melalui kemesraan yang terjalin kita akan lebih memahami denyut nadi mereka,” katanya.
Pada majlis itu Azizah menyampaikan bantuan kepada 30 penduduk yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Selain itu beliau juga menyampaikan 200 kerusi untuk kegunaan dewan yang bernilai RM350,000 itu serta dua mesin rumput untuk Kg Kebulu dan Kg Tabok. Sebuah kipas angin pula diberikan untuk Kg Batandok.
It is the responsibility of the elected official to meet the aspiration of the people.
ReplyDeleteThis includes careful planning of development projects within their constituencies as well as from time to time 'turun padang' to gage the situation as well as to take not of the people's plight on the ground.
ReplyDeleteHopefully this coming election the people will make the right choice.
ReplyDeletekita harus menjaga kesejahteraan dan perpaduan yang wujud di negara kita.
ReplyDeleterakyat jangan mudah terpengaruh dengan hasutan2 pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji.
ReplyDeletepemimpin perlu menjalankan tugas mereka sebagai mata dan teliga kerajaan. rakyat perlu sentiasa didekati.
ReplyDeletelagipun pembangkang di negara ini bukannya bagus sangat.. dia bangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan tanpa melihat atau mengkaji baik buruk usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu..
ReplyDeleterakyat perlu lebih profesional dan matang dalam membuat keputusan tanpa perlu bersimpati terhadap mana2 parti yang beriya2 mahu merampas kerajaan..
ReplyDeletePemimpin harus sentiasa menolong rakyat dengan sedaya upaya. Rakyat harus sentiasa bijak menilai.
ReplyDeleteBagus..Teruskan perjuangan BN untuk terus mengekalkan apa yang ada sekarang ini.
ReplyDelete