Oleh : LEE LONG HUI
KERAJAAN hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.
"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.
"Tutup kilang Lynas atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan!," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.
Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu 'tidak relevan'.
"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.
"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama. Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.
masalah tidak akan selesai dengan hanya mengadakan perhimpunan seumpama ini. perhimpunan dan demonstrasi ini hanya sinonim dengan pihak pembangkang.
ReplyDeleteThis is sooo UnMalaysian to go on demonstration or coup d'etat.
ReplyDeleteHopefully the government will take the proper action to contain this matter
ReplyDeleteperhimpunan takkan selesaika masalah.
ReplyDeletemacam mana mahu ada jalan penyelesaian lain jika perhimpunan Hijau ini didalangi oleh pemimpin2 politik.. mestilah guna perhimpunan..
ReplyDeleteMungkin Lynas perlu mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu bagi menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteBukan ka projek tu tidak akan diteruskan sekiranya rakyat tidak bersetuju.
ReplyDeleteGladly Sabah state govt made a wise decision on coal plant project in Lahad Datu. Otherwise, they will face "Himpunan Hijau" Sabah version.
ReplyDelete