Oleh : PATHLYN LEOSIE MIKAT
”BANGUNLAH Untuk Sabah!''
Siapakah yang harus bangun untuk Sabah? Sudah tentulah kita yang ada pada hari
ini sebagai pelapis generasi masa akan datang. Sekiranya kita bakal gagal di akhir
perjuangan kita nanti, apa yang saya percaya dan yakin ialah kita mesti dan
tetap akan meneruskan perjuangan kita, bak kata pepatah ''bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.'' SAPP, pasti boleh!
Saya yakin sekali, 'pengangguran'
bukanlah sesuatu yang asing lagi dan begitu hangat sekali diperkatakan oleh
pelbagai pihak dan melibatkan semua peringkat umur terutamanya golongan belia.
Isu pengangguran merupakan
fenomena yang tidak pernah selesai sejak dahulu lagi. Pada tahun 2000, kadar
pengangguran di Sabah ialah 5.6 peratus dan merupakan kadar yang tertinggi di
Malaysia pada ketika itu.
Ramai pihak yang membuat
andaian bahawa warga belia itu sendiri yang malas dan terlalu memilih kerjaya
dan ada pula pihak yang membuat dakwaan sekiranya ada warga belia yang lemah
dalam pelajaran.
Saya amat kesal dengan semua
spekulasi ini. Saya juga pernah menjalani status seorang pelajar dan apa yang
saya dapat simpulkan adalah akademik atau pendidikan di Sabah sudahpun
meningkat dengan baik sekali sejak 10 tahun yang lalu.
Namun, adakah mereka ini
ditawarkan peluang pekerjaan yang memang sejajar dengan kelulusan mereka?
Layakkah seorang mahasiswi atau mahasiswa yang telahpun menamatkan pengajian,
mereka hanya layak bekerja sebagai buruh sahaja? Saya percaya anda lebih tahu
akan jawapannya.
Sabah yang ada pada hari
ini, amat jauh ketinggalan dari sudut pendidikan, pembangunan, infrastruktur,
ekonnmi dan juga taraf hidup. Kalau bercerita tentang politik di negeri Sabah,
ia boleh dikatakan stabil dengan penguasaan majoriti parti kerajaan yang
memerintah iaitu Barisan Nasional (BN).
Sabah juga terkenal dengan
sumber asli dan hasil bumi yang mampu menjana ekonominya, dan sudah tentu mampu
menyumbang kepada penawaran pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kemajuan
pembangunan Sabah lebih banyak tertumpu di kawasan sekitar Bandar Kota Kinabalu
sahaja yang kita percaya mampu membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada
golongan muda-mudi.
Bagaimanapun, bangunan baru
yang muncul telah membuka pintu rezeki kepada PATI yang berselerak menghuni
berbekalkan 'Kad Pengenalan Projek' tanpa rasa takut, seolah-olah Sabah Negeri
Di Bawah Bayu ini milik mereka.
Hadirin dan Hadirat
sekalian,
Saya yakin sekali anda semua
pernah mendengar akan kisah adik Norikoh Saliwa yang berumur 16 tahun ditemui
meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis di daerah Kota Marudu.
Siapkah beliau yang sebenarnya?
Mendiang merupakan seorang gadis yang menjadi mangsa kekejaman warga asing
Pakistan, yang membuka perniagaan di daerah Kota Marudu.
Bukalah minda, bukalah hati
dan bukalah mata. Tragedi yang menimpa adik Norikoh Saliwa merupakan satu bukti
yang amat kuat dan kukuh sekali, kerana kebanjiran warga asing memang mengugat
kedudukan warga tempatan.
Sepanjang kejadian ini,
memang tidak dinafikan berlakunya pelbagai tuduhan dan kutukan pelbagai pihak,
malah aktiviti pergerakan yang dilakukan oleh Parti SAPP pada 9 Disember 2012
yang lalu juga mendapat tindak balas pro dan kontra.
Apa yang saya ingin saya
sampaikan, kita tidak boleh mudah gentar dan takut untuk membela sesiapa yang
tidak bersalah dan juga segala kata cacian yang dilontar haruslah dijadikan
sebagai kata-kata semangat kita untuk berjuang.
Dari sudut ekonomi, pada
tahun 1970, negeri Sabah merupakan negeri kedua terkaya di Malaysia, dengan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita di belakang Selangor (termasuk
Kuala Lumpur). Dengan keluasan tanah 73,610 km persegi, Sabah kaya dengan
sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke
hidupan laut.
Lebih kurang 60 peratus
daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian
merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama
kepada sumber pendapatan negeri Sabah.
Bahan mentah seperti minyak,
tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini. Ekonomi negeri Sabah
bergantung kepada eksport komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko,
getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70
peratus daripada jumlah pengeluaran.
Pada masa kini, negeri Sabah
merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia.
Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan
pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi
negeri Sabah. Walaupun kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri
yang termiskin dalam kalangan negeri-negeri Malaysia.
Pendapatan puratanya pada
sekarang adalah dalam kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan
kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.
Sebahagian daripada masalah
ini ialah pembahagian yang tidak adil dan saksama. Perairan Sabah yang penuh
dengan hasil petroleum disedut, tetapi royalti minyak untuk Sabah hanyalah 5%.
Perjanjian yang tidak adil dan berat sebelah serta menguntungkan pihak lain.
Rakyat Sabah dibohongi
dengan penyataan yang tidak tepat yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin
Parti kerajaan, sebagai contoh, ''jalanraya di Sabah masih setaraf dengan di
Semenanjung.''
Namun, hakikatnya jauh
panggang dari api. Jalanraya kita di Sabah masih di tahap lama, seolah-olah
nyawa orang Sabah tiada harga. Sabah yang telah kehilangan hasil negeri akibat
salah urus beberapa kerajaan negeri yang lalu, akhirnya terpaksa bergantung
sepenuhnya kepada dana kerajaan persekutuan untuk membangunkan prasarana
sekalipun hanya sedikit sahaja disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri
Sabah kerana sejumlah besar dibelanjakan oleh sebuah kementerian yang mempunyai
kuasa autonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Namun, kata pepatah, ''hati
gajah sama dilapah, dan hati nyamuk sama dicecah,'' tidak berlaku dalam
hubungannya dengan kerajaan persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan
Sabah berdiri sebagai kuasa 'autonomi' sejajar menghormati 20 Perkara.
Setelah menjahanamkan
politik Sabah dengan projek X-Files ''Pendatang Asing Tanpa Izin'' dengan
merekrut golongan ini dengan kadar yang tidak kecil. Warga Pakistan dengan
perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbuh dengan cepat dan banyak
akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu, bangsa Bugis dengan pernigaan Bas
Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip,
dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.
Perkara ini saya tidak
berkata sesuka hati, tetapi ia benar-benar berlaku, wahai rakyat sejati Sabah,
Kita harus bangun sekarang. Bangunlah, Untuk Sabah! Menggalakkan warga asing
untuk memasuki Sabah dan menelan sebahagian besar ekonomi negeri kita
sememangnya menggugat kedudukan kita.
Atau kita kena mengorbankan
beberapa lagi Norikoh barulah kita menyessal dan saya pasti, pada ketika itu
kita sememangnya sudah terlambat untuk bertindak. Hadirin dan hadirat sekalian,
inilah waktunya yang kita harus dan mesti bangun!
Para pemimpin Sabah harus
bangun dan berani untuk berkata tidak kepada PATI yang menjadi liabiliti dan
menyingkirikan mereka daripada bumi ini kerana jika tidak dikawal, mereka akan
kehilangan pengaruh kerana kesetiaan pemegang kad pengenalan projek ini masih
kepada negara asal mereka sekalipun mula mahir menyanyikan lagu Negaraku dan
Sabah Tanah Airku.
Saya percaya sekiranya kita
barsatu hati, kita dapat membendung hal ini daipada berlarutan dan menjadi
lebih parah lagi. Kita sebagai tonggak pelapis generasi akan datang haruslah
sentiasa bersedia dengan segala dugaan, kalau bukan kita, siapakah lagi yang
harus mempertahankan maruah dan bumi tercinta kita Sabah. Ayuh bangunlah! Untuk
Sabah. Sekian daripada saya, terima kasih dan salam hormat.
No comments:
Post a Comment