Oleh : OPALYN MOK, IDA LIM
DAN MD IZWAN
GEORGE TOWN : Dua pemimpin
Melayu dilantik secara terus sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)
walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang.
Senator Dr Ariffin SM Omar
dan pendatang baru Zairil Khir Johari (gambar) antara 10 orang yang dilantik
secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.
Semasa mengumumkan barisan
CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu,
setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam
perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi.
Lima ahli lain yang dilantik
terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin,
Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su
Keong Siong.
Dan bagi jawatan tertinggi,
Karpal Singh masih kekal sebagai pengerusi kebangsaan manakala naib pengerusi
sebelum ini Tan Kok Wai telah dinaikkan ke jawatan timbalan pengerusi.
Teresa Kok, yang sebelum ini
adalah setiausaha organisasi kebangsaan juga mendapat kenaikkan apabila
dilantik menjadi naib pengerusi.
Barisan baru tersebut juga
melibatkan beberapa muka baru dan pertambahan daripada Timur Malaysia,
mengukuhkan pendirian parti untuk memastikan ia meliputi semua rakyat Malaysia
khususnya Sabah dan Sarawak.
Delegasi Sarawak, Dr John
Bryan Anthony dan setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi antara dua muka baru
dalam jawatankuasa daripada Timur Malaysia, turut menyertai mereka ialah
setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang memperoleh undian tertinggi
keempat (1,211) semalam.
Pertambahan dua delegasi
tersebut menyaksikan bilangan anggota CEC daripada Timur Malaysia meningkat
kepada tiga.
Lim juga mengumumkan
penubuhan gabungan Biro Pakatan Rakyat (PR) di bawah CEC untuk mengendalikan
semua hal ehwal PR dan memastikan kerjasama yang lancar antara gabungan
ketiga-tiga parti.
Naib pengerusi DAP Selangor,
Teng Chang Khim akan mengetuai biro tersebut manakala ahli bukan CEC, A.
Sivanesan telah dilantik untuk mengetuai Biro Buruh.(TMI)
No comments:
Post a Comment