SANDAKAN
: Jadual lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini Ahad
padat dengan menghadiri tiga acara pada sebelah pagi dan satu acara pada tengah
hari.
Beliau
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri program Pemimpin
Bersama Rakyat Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas pada pukul 9 pagi.
Selepas
itu Najib akan melakukan pula acara pecah tanah bagi pembinaan masjid baru,
yang terbesar di Batu Sapi dengan anggaran kos kira-kira RM5 juta.
Beliau
kemudiannya akan merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik di sebuah hotel,
diikuti dengan menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti gereja dan
badan bukan kerajaan sebelum berlepas pulang.
Sepanjang
lawatan beliau, perdana menteri diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan
isteri Datin Seri Faridah Tussin. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment