RAMPAS......Jauteh menunjukkan antara mesin judi yang
dirampas di sini kelmarin.
By : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA
KINABALU: Polis berjaya merampas 67 set komputer berunsur perjudian dan 11
mesin slot yang dianggarkan bernilai RM250,000 dalam empat serbuan ke atas
kasino haram di sekitar ibu negeri baru-baru ini.
Ketua
Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata serbuan
yang dilakukan bersempena Ops Dadu pada 4 November itu membabitkan empat premis
judi siber di kawasan Telipok, Kepayan, Tanjung Aru dan Jalan Gaya di sini.
“Polis
turut menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun yang difahamkan
penjaga kepada premis-premis terbabit.
“Kita
turut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM1,700 dalam serbuan berkenaan,”
katanya dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut
beliau, kesemua ditangkap dan rampasan kini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Kinabalu mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. (UB)
No comments:
Post a Comment