Sunday, 9 December 2012

KEDAI PAPAN LAMA DIJILAT API




WAWANCARA….Sabahkini.Net sedang menemubual Pegawai Operasi Bomba Johnny Yap mengenai kebakaran tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : ZAMAN ABM FAJEER

SEDERET Rumah Papan yang berusia 57 tahun yang terletak di Jalan Pantai Chi Wah, Batu 1.5,  Jalan utara Sandakan musnah dijilat api dalam satu tragedi kebakaran malam tadi.

Menurut  saksi rumah papan  tersebut yang menempatkan 4 unit ruang untuk  kedai Runcit, Kedai Perabut, Kedai Tayar dan Bengkel terbakar pada jam 11 malam kelihatan api bermula dari belakang kedai perabut berkenaan.

Pegawai Operasi  Perkhidmatan dan Penyelamat  Bomba  Sandakan,  Johnny Yapp  dalam satu wawancara dengan media menjelaskan di tempat tragedi pagi tadi, antara lain menjelaskan pihaknya telah menerima panggilan kira-kira 12 tengah malam dan bergegas pergi ke tempat  kejadian dengan 3 buah jentera dan 17 orang anggota, tetapi bomba tidak sempat menghalang kebakaran tersebut kerana api marak dengan begitu kuat sekali.

Bagaimanapun, Bomba berjaya mengawal api agar tidak merebak ke bangunan berhampiran tepat jam 2 pagi.





LAWAT…Datuk V.K Liew dan Datuk Awang Sham turut melawat ke tempat tragedi tersebut.

Kata Johnny, punca kebakaran dan taksiran kerugian harta benda masih dalam siasatan lagi dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan, Datuk V.K Liew dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Datuk Hj Awang Sham Amit yang dimaklumkan mengenai tragedi tersebut bergegas pergi ke lokasi tersebut.

V.K Liew dan Awang Sham turut simpati kepada keluarga yang ditimpa musibbah dan berharap agar bersabar untuk menerima segala dugaan dengan tabah.

“Saya akan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut pada masa terdekat ini," ujarnya V.K.Liew demi untuk meringankan beban.


No comments:

Post a Comment