CENDERAHATI….MASIUNG menerima cenderahati daripada pihak
penganjur.
Oleh
: SHAIMON S JUMADI
PEJABAT
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut akan memantau perkembangan peningkatan
ekonomi yang disertai peserta Program 1 Azam yang dilaksanakan bagi memastikan setiap
peserta miskin tegar itu dapat mengubah sosio ekonomi mereka mengikut
perancangan kerajaan.
Wakil
Rakyat Kuamut, Masiung Banah berkata, pejabat DUN Kuamut juga akan melakukan
pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap bantuan peralatan
Program 1 Azam yang disalurkan kerajaan digunakan sepenuhnya oleh penerima
dalam mengembangkan bidang yang diceburi.
“Pemantauan
yang dilakukan bukanlah untuk hendak menyusahkan peserta, tetapi apa yang kita
mahu adalah supaya setiap rakyat yang terlibat dalam apa jua program kerajaan
ini dapat mengubah corak kehidupan yang sebelum ini dikatakan susah kepada
lebih selesa pada masa akan datang”, jelasnya.
“Kerajaan
juga mahu setiap daripada mereka yang
terlibat dengan program 1 Azam ini akan menggunakan dengan sebaiknya peralatan
yang disalurkan kerajaan bagi memastikan kehidupan mereka benar-benar berubah
seperti yang dirancang”, katanya di sini.
Katanya,
ia selaras harsrat kerajaan melalui transformasi yang dilaksanakan pada masa
kini yang mahukan rakyat khususnya masyarakat luar bandar maju seiring
pembangunan negara.
"Apa
yang kita mahu sebenarnya adalah merealisasikan hasrat keikhlasan kerajaan yang
mahu melihat setiap rakyat maju seiring dengan pembangunan negara dan bukannya
terus dibelenggu dengan kemiskinan yang seolah-olah menjadi waris keluarga”,
tambahnya.
Beliau
berucap pada Majlis Penyampaian Barangan Serahan Program 1 Azam Daerah Tongod
di Dewan Kampung Tongodon, di Tongod. Turut hadir pada majlis, Urusetia Program
1 Azam, Mohd. Fakhri Abidin.
Masiung
berkata, kerajaan melalui kementerian yang dilantik akan sentiasa membantu
memberi pendedahan kepada masyarakat yang berminat menceburi sesuatu bidang
khususnya dalam mengubah landskap sosio ekonomi keluarga.
Jelasnya,
ia termasuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat tentang kemahiran yang
diceburi selain membangunkan minda dan sikap masyarakat agar mampu hidup lebih
selesa.
Pada
majlis menyaksikan seramai lebih 90-peserta 1 Azam terdiri golongan miskin
tegar dan yang berdaftar dengan pangkalan data e-Kasih menerima peralatan
membuat kuih tradisional dan makanan komersial serta peralatan refleksologi.
No comments:
Post a Comment