Saudara
Pengarang,
KERAJAAN
telah memulakan transformasinya setelah Budget 2013 telah dibentangkan beberapa
bulan lepas. Kenaikan gaji minimum akan bermula pada tahun hadapan dan
dikuatkuasakan. Ini sudah pasti bakal menggembirakan seluruh rakyat terutama
pekerja yang berpendapatan RM 300 sebulan.
Pendapatan
seisi rumah akan bertambah dan mampu membantu mereka untuk membeli keperluan
harian yang selama ini tidak cukup. Terima kasih kepada kerajaan kerana
mengotakan janjinya kepada rakyat.
Namun
mampukah kenaikan gaji minima ini membantu rakyat yang berpendapatan rendah?
Mampukah RM 800 sebulan ini dapat membantu rakyat membeli keperluan mereka;
kerana gaji sebanyak ini masih lagi dikategorikan sebagai miskin.
Kebanyakan
pekerja yang bergaji rendah adalah di kilang-kilang atau syarikat small medium
enterprise seperti kilang mee, kilang keropok, kilang papan, workshop dan
engineering serta banyak lagi. Syarikat SME ini hanya mempunyai keuntungan yang
sedikit di mana hanya ratus ribu setahun dan ada yang hanya RM 50,000
keuntungan setahun.
Selama
ini, kerajaan membawa pelabur ke negara ini dan ternyata berhasil kerana banyak
syarikat luar telah bertapak di Sabah dan ini amat baik bagi kita semua kerana
mereka ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Namun
apa yang berlaku, tahun hadapan akan pasti berubah. Sedarkah kita semua bahawa
kenaikan gaji minima ini akan mengakibatkan pendapatan sesebuah syarikat
berkurangan. Sedarkah kita bahawa gaji minimum yang akan dilaksanakan, akan meningkatkan
kos sesebuah syarikat?
Sedarkah
kita bahawa kenaikan ini akan menyebabkan pelabur tidak lagi berminat melabur
di Sabah kerana tidak tahan dengan kos material, kos pekerja yang tinggi
berbanding Thailand dan Indonesia?
Sedarkah
kita bahawa kenaikan kos ini juga bakal menyaksikan syarikat kecil terpaksa
gulung tikar kerana tidak memperolehi untung. Sedarkah kita bahawa kenaikan
gaji ini akan mengakibatkan kos syarikat meningkat dan terpaksa menaikkan harga
barang atau mengurangkan item dalam produk mereka bagi mengurangkan kos?
Sedarkah
kita bahawa warga desa akan terjejas dengan perkara ini kerana mereka bekerja
sendiri sebagai petani dan penoreh getah serta mempunyai pendapatan di bawah
paras kemiskinan? Sedarkah kita bahawa pekerja yang akan dibuang oleh syarikat,
yang tidak mampu menggaji pekerja akan kehilangan pekerjaaan?
Sememangnya
kenaikan ini sangat dinanti-nanti oleh rakyat namun hakikatnya pihak pengusaha
akan mengalami kerugian; terpaksa menelan pahit akibat perlaksanaan
undang-undang baru ini.
Kajian
mendapati, banyak pekerja yang akan dibuang selepas ini kerana pihak syarikat
tidak mampu menggaji mereka lagi. Ada juga yang sudah tutup kedai kerana tidak
mampu mengejar kos produksi yang semakin meningakat.
Apa
yang patut kerajaan lakukan adalah dengan menurunkan harga minyak kerana bahan
inilah kunci segala kenaikan kos harian. Kerajaan kini menyarankan rakyat
berinovasi namun kenapa kerajaan tidak berinovasi sendiri untuk mengkaji minyak
keluaran negara agar dapat digunakan oleh rakyat malaysia terutama di Sabah.
Bila
lagi mau merasakan minyak sendiri? Apa yang kita dengar, minyak mentah kita
tidak sesuai untuk enjin kenderaan kita. Tapi apa yang saya dengar, kereta
keluaran proton ada pula di luar negara. Mengapa enjin kereta, tidak dibina
mengikut kesesuaian minyak malaysia? Jika sekiranya dimanfaatkan dengan betul,
sudah pasti tiada yang tertindas.
Kita
sendiri akan mengawal harga minyak kita; sekiranya minyak kita digunakan
sepenuhnya, kita antara pengeluar minyak dan banyak sumber boleh diperolehi
terutama di Sabah dan seharusnya pihak kerajaan memanfaat perkara ini
sepenuhnya dan bukan menjualnya kepada negara luar dan membeli minyak dari
luar.
Kenaikan
harga barang bakal berlaku lagi pada tahun hadapan seandainya gaji minima ini
dilaksanakan tanpa memberi subsidi atau bantuan kepada syarikat-syarikat
terutama syarikat kecil.
Pemilik
syarikat ini juga rakyat dan mempunyai keluarga yang harus disara. Jadi
seharusnya mereka ini ada hak untuk dilindungi dan diberi perhatian agar punca
pendapatan mereka tidak terjejas.
Kita
mahukan rakyat berpendapatan tinggi. Kita mahu rakyat menikmati kemudahan dan
keperluan yang sewajarnya. Kita mahu anak-anak kita bersekolah dan mampu
membayar yuran sekolah dan keperluan mereka.
Namun
tidak akan berlaku sekiranya tiada kaedah untuk membantu golongan pengusaha. Ia
tidak akan bakal berlaku sekiranya pengusaha terus menerus mengalami kerugian
jika tidak menaikkan harga produk atau servis mereka. Ia juga tidak berlaku
sekiranya kerajaan tidak memikirkan inisiatif untuk membantu golongan pengusaha
agar meningkatkan pendapatan mereka.
Pihak
kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana selepas ini akan ada kenyataan agar
barang keperluan tidak boleh dinaikkan. Ia sama seperti selalunya namun
sedarkah kita bahawa pihak syarikat mendapat tekanan daripada perkara itu?
Tidak
dinafikan bahawa pembangunan di Sabah ini sedikit sebanyak telah berubah
berbanding 10 tahun lepas, namun apa yang pasti, kebajikan rakyat juga harus diambil
perhatian serius.
Kenaikan
harga barang atau kos harian sudah pasti menyulitkan lagi keadaan dan seperti
yang dialami pada ketika ini. Jadi tiada makna kenaikan gaji minima ini
dilaksanakan jikalau harga barang akan meningakat. 2 x 5 ia sama sahaja.
Salam
Hormat,
LO
PHUNG
No comments:
Post a Comment