Thursday, 13 December 2012

SABAH SEMAKIN TIDAK SELAMAT?






Saudara Pengarang,

JIKA penduduk Kota Marudu dikejutkan dengan tragedi malang yang menimpa adik Norikoh Saliwa; kami yang tinggal di Bandar PATI Lahad Datu turut merasa gelisah dengan kejadian ngeri yang menimpa seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang menetap di Kampung Sapagaya, Lahad Datu pada jumaat lalu apabila ditemui terdampar dalam keadaan mengerikan di Fajar Center; dipercayai dirogol PATI?


Menurut maklumat keluarga terdekat, Fati (bukan nama sebenar), pelajar tingkatan 3 disuruh membeli ubat oleh ibunya di bandar Lahad Datu dengan ditemani seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki pelajar berkenaan, Iwan, sekitar jam 2 petang jumaat lalu.

Mereka menaiki kereta sapu Proton berwana merah dan turun di Kedai Onlee; kemudian saksi melihat mereka bertukar kereta Kancil putih sebelum menuju ke kampung Puyut untuk mengambil seorang lagi kawan.

Dalam perjalanan ke Fajar Centre, seorang lelaki mengeluarkan pisau dan menutup mulut mangsa dan mengugut akan mencederakan mangsa jika menjerit; lalu mangsa di bawa naik ke sebuah bilik penginapan di hadapan Restoran Dovis; sebelum dipercayai dirogol.

Mangsa ditemui oleh abang iparnya yang bekerja di Jabatan Haiwan lebih kurang jam 11.30 malam, dalam keadaan trauma; setelah puas mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas membeli ubat untuk ibunya.

Ketika sampai di rumah kakaknya di Taman Sri Perdana, didapati darah keluar dari kemaluannya sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Bagaimanapun kami agak hairan kerana walaupun pada mulanya Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan (Rogol); namun kami dimaklumkan hasil pemeriksaan doktor, tidak berlaku sebarang penetrasi (tiada kemasukan sesuatu ke dalam vagina) dan akan mengklasifikasi semula kes berkenaan selepas teman lelaki dan rakan yang dilihat bersamanya di saat akhir disiasat.

Sehubungan itu kami mengharapkan agar pihak polis lebih profesional menangani kes ini kerana tiga tragedi, dua daripadanya maut, iaitu Kartini dan Norikoh telah menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap kewibaan polis.

Salam Hormat,
JIRAN MANGSA

No comments:

Post a Comment