SUMBANGAN
......kelihatan Haji Ghulabdin (kedua dari kanan) sedang menyampaikan sumbangan kepada mangsa
kebakaran yang telah diterima sendiri oleh Haji Mansaat (Ketaiga dari kiri)
turut kelihatan Haji Awang Puasa (Kedua dari kanan).
OLEH: KREW SABAHKINI.NET
TUARAN: Mangsa kebakaran, Haji
Mansaat Haji Alang Laut yang kehilangan rumah kediamaannya di Kampung Gayang
Tuaran, melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima kunjungan serta bantuan
wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Pengerusi Angkatan Amanah
Merdeka (AMANAH) Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih dan Ketua Penerangan
AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul pada pagi Selasa.
Sumbangan disampaikan
sendiri oleh Haji Ghulabdin yang turut disaksikan oleh Haji Awang Puasa serta
keseluruhan ahli keluarga Haji Mansaat yang dilaporkan tidak dapat
menyelamatkan harta benda termasuklah pelbagai dokumen peribadi mereka.
Haji Ghulabdin yang
menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga Haji Mansaat menyatakan, dengan sedikit
sumbangan yang diberikan oleh AMANAH Sulaman itu diharap akan dapat meringankan
benanan keluarga mangsa
"Semoga akan ada lebih
banyak lagi penderma tampil dan bermurah hati untuk memberikan sumbangan bagi
membantu mangsa yang terlibat," kata Haji Ghulabdin.
Sementara itu, pihak bomba
sedang membuat siasatan terhadap punca berlakunya kebakaran itu, di samping
pihak bomba juga sedang menghitung kerugian yang dialami oleh Haji Mansaat
akibat daripada musibah kebakaran tersebut.
Dalam pada itu, Haji Mansaat
terharu dengan kehadiran Haji Ghulabdin dan Haji Awang Puasa yang telah sudi
awal-awal pagi lagi melawat beliau.
"Saya sesungguhnya
ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan kepada kami. Bantuan ini dapat meringankan bebanan kami
akibat musibah ini," kata Haji Mansaat lagi.
No comments:
Post a Comment