Oleh:ARSHAD HUSSIN
CEMERLANG...Dato
Sri Nasir (kiri) diringi Ustaz Hj.Bungsu @ Aziz Jaafar (dua kiri) dan Datuk
Zainab Ahmad (dua kanan) menyampaikan anugerah pelajar cemerlang kepada Adik
Mohd.Asyraf (kanan) sempena majlis itu di Dewan Resital UMS.
KOTA KINABALU: Keputusan
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh Negeri Sabah bagi tahun 2012
mencapai keputusan seratus peratus lulus berbanding hanya 99.9 peratus lulus
pada tahun 2011 dan 99.93 peratus pada tahun 2010.
Pada tahun 2012 seramai 4422
orang pelajar menduduki Ujian PKK sementara 4799 calon pada tahun 2011 dan 4117
calon pada tahun 2010.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir
mengumumkan keputusan UPKK 2012 itu di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah
selepas majlis Seminar Pemurnian Aqidah 2012 di sini.
Nasir berkata,jumlah calon
yang mendapat gred A bagi tahun ini seramai 1567 orang iaitu 35.4% berbanding
tahun 2011 seramai 371 orang (7.7%) dan 277 orang (6.7%) bagi tahun 2010.
Sementara itu jumlah calon
yang mendapat 8A seramai 811 orang(18.34%) berbanding tahun 2011 hanya 13 orang
(0.3%) dan pada tahun 2010 seramai Sembilan orang (0.22%).
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, menjelaskan tiada
calon mendapat 8D pada tahun 2012.
“Keputusan ini menunjukkan
lonkakan peningkatan yang sangat besar telah dicapai oleh pelajar kelas KAFA,”
kata Nasir.
Katanya, pada tahun 2011
seramai lima orang calon (0.1%)mendapat 8D atau status lulus tidak mencapai
tahap diikuti seramai tiga orang(0.07%) pada tahun 2010.
Hadirsama sempena majlis
pengumuman itu Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat,Datuk Hjh Zainab
Ahmad Ayed; Sahibus Samahah, Ustaz Haji Bungsu @Aziz Hj Jaafar; Pengerusi
Lembaga Industri Getah Sabah merangkap Adun Sindumin, Ahmad Hj Bujang; Setiausaha
Tetap KPLB, Datuk Gulam Jelani dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua
Menteri, Nizam Abu Bakar Titingan.
No comments:
Post a Comment