Friday 8 March 2013

40 AHLI UMNO SERTAI PKR DI SULAMAN







TERIMA......Haji Ansari Abdullah (kedua dari kanan) sedang menerima borang penyertaan dari Jasni Aneh (kedua dari kiri).

Oleh: KREW SABAH KINI.NET

TUARAN : Perubahan politik yang melanda Negeri Sabah turut memberikan kekuatan kepada Parti Kedilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran apabila 40 orang yang diketuai oleh Efendy Haji Marjaya; anak bekas Setiausaha Kerja UMNO Tuaran, Allahyarham Haji Marjaya KK Lidah yang  telah mengistiharkan menyertai parti itu di Kampung Laya-laya, Tambalang, dekat sini pada Rabu lepas.

Ahli Majlis Pimpinan PKR Kebangsaan, Haji Ansari Abdullah yang juga Ketua Cabang parti tersebut di Tuaran ketika menerima borang penyertaan berkenaan menyatakan perasaan gembiranya dengan sambutan semakin kuat terhadap perjuangan PKR; sekali gus membuktikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang bersteraskan 'Pakatan Harapan Rakyat'.

"Kami dalam pimpinan PKR Cabang Tuaran sesungguhnya sentiasa membuka pintu untuk menerima permohonan ahli baharu dengan hati yang terbuka dan semestinya merasa gembira atas kesedaran rakyat untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) menerusi PKR sebagai wadah perjuangan membela rakyat," kata Haji Ansari lagi.

Sehubungan dengan tawaran perubahan oleh PKR kepada rakyat, Haji Ansari mengajak seluruh rakyat di Kawasan Parlimen Tuaran agar segera meninggalkan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang ternyata tidak lagi relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat meskipun telah lama bertapak di negeri ini.

"Kita merasakan tidak berpuas hati dengan pentadbiran selama 18 tahun BN/UMNO di Sabah yang ternyata gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat negeri ini terutama di kawasan ini," tegas Haji Ansari yang menyatakan banyak hasil Negeri Sabah terutamanya Minyak hanya diberikan 5% kepada negeri ini, tetapi sebahagian besarnya hasilnya diperuntukkan untuk membangun negeri-negeri lain di negara ini.

Selain itu kata Haji Ansari, Kerajaan BN/UMNO ternyata menjadi pemain utama terhadap salah guna pemberian kad pengenalan kepada warga asing setelah dibuktikan oleh benerapa saksi menerusi Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) yang telahpun mula membuat siasatan mengenainya.

Beliau mendakwa pemberian taraf kerakyatan di Sabah hanya bertujuan untuk memenangkan BN/UMNO dalam Pilihanraya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.

"Apa yang dibongkar menerusi RCI sekarang amat mengejutkan kerana pengkhianatan  BN/UMNO lebih teruk daripada apa yang kita sangkakan selama ini," tegasnya ketika berucap dalam program bertemu rakyat di Kampung Laya-Laya, DUN Sulaman.

Majlis perjumpaan rakyat untuk menerima kemasukan ahli-ahli baharu itu turut dihadiri oleh Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Kawasan Sulaman; Haji Amin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah Jentera; Dominic Ombilod Onul, Ketua Penerangan Jentera; Mohd Tarmizi Shandu@Tara Singh, Pengarah Stretigik; Haji Ali Akhbar Kawi, Pengarah Media dan Perang Saraf; Haji Ghulabdin Enjih, Ketua Jentera Daerah Mengundi (JDM) Tambalang; Dikah Haji Yussof dan Pengasas PKR Cabang Tuaran, Haji Ibrah Abdul Hamid.

Terdahulu dalam Majlis Bersama Rakyat yang telah diadakan di Kampung Tambilok, Mengkabong dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman baru-baru ini, Haji Ansari telah juga menerima penyertaan ahli baru yang  diketuai oleh Jasni Aneh.

No comments:

Post a Comment