Saturday 9 March 2013

KELAB PRO BN BEAUFORT SELAR TIAN CHUA






LAPOR....OSIN (tengah) bersama ahli Kelab Pro BN Beaufort selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua di IPD Beaufort pada Khamis.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Kelab Pro BN Beaufort menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung serangan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO/BN.

Pengerusinya, Haji Osin Jilun berkata kenyataan itu adalah satu tindakan sonsang yang memperlihatkan pemimpin pembangkang itu tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara ini.

“Kenyataan itu tidak bertanggungjawab, tidak berperi kemanusiaan kerana tragedi itu sebenarnya telah menyebabkan kematian dan kecederaan kepada beberapa orang anggota keselamatan kita.

“Oleh itu kami meminta pihak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tian Chua mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Daerah Beaufort di sini, pada Khamis.

Osin yang juga mantan Setiuasaha Politik Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata Pro BN sentiasa menyokong sepenuhnya apa jua keputusan dan tindakan kerajaan terhadap pengganas.

“Kami juga sentiasa berdoa semoga semua anggota passukan keselamatan kita yang sedang berjuang akan dilindungi Allah, selamat dan berjaya menghapuskan semua pengganas-penganas tersebut dalam masa yang terdeakat ini. Insya Allah,” katanya.

No comments:

Post a Comment