Monday, 27 May 2013

PAKATAN MAHU 500,000 SUKARELAWAN






TIPU....Nurul Izzah Anwar mengatakan SPR menipu, mendakwa kegagalan dakwat kekal yang diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang.

Oleh : IDA LIM

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) mahu mengumpulkan 500,000 sukarelawan untuk membantah di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga pesuruhjaya meletakkan jawatan untuk digantikan dengan yang baru dan akan menjawab secara langsung kepada Parlimen.

Gabungan itu juga mahukan pengundi membuat laporan polis terhadap SPR kerana dakwat kekal yang boleh dicuci serta merta selepas pilihan raya umum 5 Mei, walaupun tujuan asalnya diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang.

“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh kepada ribuan hadirin dalam perhimpunan di sini yang dianjurkan oleh 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai pengerusi majlis perhimpunan untuk membantah penipuan pilihan raya di Dataran Petaling Jaya di Jalan Timur itu, Badrul mengetuai slogan “SPR Letak Jawatan” dan menamakan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Ahli politik lebih dikenali sebagai CheguBard itu menggepalai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendesak SPR dibebaskan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan diletakkan di bawah Parlimen.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap paling akhir menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

PR mahu menggunakan selonggok laporan polis rakyat untuk dakwaan penipuan SPR di mahkamah.Anwar menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis jika mereka mempunyai pengalaman dakwat kekal boleh dibasuh pada hari pilihan raya.

Katanya mereka perlu melakukannya bermula hari ini dan Isnin dan menghantarkan salinan laporan kepada pejabat PR.

“Ini untuk menunjukkan kuasa dan kekuatan rakyat. Kita akan cabar kamu mengikut proses. Kita juga menghormati undang-undang,” kata Anwar.

Beliau mengatakan PR mahu menggunakan selonggok laporan polis rakyat untuk dakwaan penipuan SPR di mahkamah.

PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.

Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan Tribunal Rakyat, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.

Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar sebelum itu turut mengatakan SPR menipu, mendakwa kegagalan dakwat kekal yang diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang.

“Kita akan lawan mereka habis-habisan terutamanya untuk memastikan tiada persempadanan semula tidak adil dilakukan,” kata naib presiden PKR itu kepada hadirin, merujuk kepada kajian persempadanan semula SPR yang akan bermula akhir tahun itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggambil pendekatan berbeza apabila beliau menggesa panyokong PR agar tidak membenci BN.

“Mereka mungkin mahu kita membenci mereka. Saya beritahu anda satu perasaan yang harus ada terhadap Umno, Barisan Nasional dan pemimpin mereka adalah kasihan. Tidak perlu membenci kerana kita cintakan Malaysia, kita cintakan masa hadapan,” katanya.

“Jangan sesekali merendahkan diri anda ke tahap mereka. Kita akan lawan dengan kasih sayang, kita akan lawan secara aman. Kita melawan kerana kita lebih baik daripada mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau mengatakan rakyat seharusnya meninggalkan parti berasaskan etnik dalam BN menamakan Umno, MIC dan MCA yang beliau dakwa sebagai perkauman.

Anwar menggesa rakyat ke Putrajaya dan mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan lesen akhbar harian 'Utusan Malaysia' kepada 'Utusan Rakyat'.Beliau menggesa rakyat ke Putrajaya dan mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan lesen akhbar harian Utusan Malaysia kepada Utusan Rakyat.

“Berikan permit kepada kami dan kami akan pastikan kami menulis berita yang benar untuk rakyat dan bukannya berita untuk menanamkan perasaan benci,” katanya.

Rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.

Di sebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar “Himpunan Suara Rakyat 505” adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman. (TMI)

48 comments:

  1. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan tidak ada keperluan untuk beliau dan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof melepaskan jawatan yang disandangnya kini seperti yang didesak pemimpin parti pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Malah, Wan Ahmad berkata pelantikan tersebut terletak di bawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Justeru tidak timbul soal sama ada beliau atau pengerusinya Abdul Aziz perlu melepaskan jawatan tersebut semata-mata bagi memenuhi kehendak pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Katanya lagi, kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR telah menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  4. "Kenapa kita perlu letak jawatan kerana kita (SPR) telah menjalankan pilihan raya dengan betul dan diterima rakyat. "Kita dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, kalau YDPA titah kita letak jawatan lain ceritalah," tegasnya.

    ReplyDelete
  5. "Pembangkang yang kata kita buat pilihan raya tidak berjaya tetapi seluruh dunia dan negara mengiktiraf pilihan raya yang SPR lakukan dan negeri yang mereka (pembangkang) perintah pun mereka iktiraf kemenangan mereka sebab itu cepat-cepat mereka terima keputusan dan angkat sumpah menjadi kerajaan negeri," katanya kepada Antarapos.

    ReplyDelete
  6. Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam dalam Kongres Nasional PKR ke-9 menggesa Pengerusi SPR juga timbalannya meletakkan jawatan segera atas alasan berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  7. Malah, Azizah turut mendakwa SPR bertanggungjawab merancang kemenangan Barisan Nasional (BN) meraih 133 kerusi Parlimen sekali gus membuka peluang menubuhkan kerajaan persekutuan berbanding 89 kerusi yang diperolehi Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. Desakan perletakan jawatan itu juga turut datang dari ketua umum PKR. Anwar menegaskan, tidak ada tolak ansur dalam penipuan pilihan raya, apatah lagi SPR memaksa rakyat menerima sahaja keputusan yang diumumkan.

    ReplyDelete
  9. Mengulas lanjut, Wan Ahmad menyifatkan desakan parti pembangkang itu sebagai tidak munasabah sekali gus cubaan melanggari sistem perundangan dalam negara.

    ReplyDelete
  10. "Sejak dulu lagi mereka akan mencari alasan bila kalah pilihan raya, bila menang pilihan raya mereka terima bila kalah tidak terima. Salah dari segi perlembagaan," ujarnya.

    ReplyDelete
  11. Wan Ahmad juga turut menempelak pemimpin pembangkang yang tidak berpegang kepada prinsip dan mencabar semua pemimpin PR yang menjadi ahli Parlimen agar tidak hadir untuk upacara angkat sumpah pada 24 Jun nanti sebagai bukti membantah keputusan PRU13 seperti mana yang dicanang kepada rakyat. "Pucuk pimpinan pembangkang tidak tunjuk tauladan yang betul kepada ahli-ahli mereka.

    ReplyDelete
  12. Parlimen angkat sumpah nanti, untuk mengambil kerusi di Parlimen 24 Jun, saya nak tengok mereka (pembangkang) ini akan hadir mesyuarat Parlimen untuk angkat sumpah atau tidak," tambahnya.

    ReplyDelete
  13. Kalau tahun 1998 dulu, tentu setiap minggu akan ada demonstrasi di jalanan, rusuhan dan tunjuk perasaan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Bagaimanapun, pada waktu itu golongan sasaran adalah belia Melayu. Terlalu sedikit belia India yang terbabit manakala orang Cina pula, hampir tiada!

    ReplyDelete
  14. Tahun 2013, Anwar Ibrahim yang kecewa dengan keputusan PRU13 yang langsung tidak memihak kepadanya walaupun dia telah berusaha sepanjang lima tahun dengan hampir setiap hari berceramah ke seluruh negara, menerangkan maksudnya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu untuk menghapuskan catatan LIWAT dan BISEKSUAL beliau.

    ReplyDelete
  15. Gabungan dengan DAP, membuatkan Anwar berasa peluangnya lebih cerah. Bukan Anwar Ibrahim tidak tahu yang DAP memang mengidamkan sangat-sangat perubahan dasar negara ini. DAP yang sudah berpuluh-puluh tahun menentang Melayu-Bumiputera dan Islam, sememangnya seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal apabila Anwar menawarkan dirinya untuk dilacurkan demi jawatan yang diidam-idamkannya.

    ReplyDelete
  16. TSUNAMI 1CINA berlaku pada PRU13. Namun kekuatan bangsa Melayu-Bumiputera telah menggagalkan cubaan DAP itu. Sekali lagi Anwar Ibrahim kecewa. Kerja-kerjanya yang dilakukan sepanjang lima tahun kelihatan tidak cukup kuat untuk mengubah apa yang telah berlaku. Sejarah hitamnya kekal tercatat untuk dilihat, ditonton dan dinilai oleh seluruh keturunannya.

    ReplyDelete
  17. Melihat kepada riak dan wajah Anwar Ibrahim, semua orang dapat melihat betapa Anwar Ibrahim sudah terlalu letih dan tidak mampu memberikan tumpuan kepada apa yang diperjuangkannya. Apatah lagi, seorang demi seorang penyokong asalnya keluar dan meninggalkannya.

    ReplyDelete
  18. Pakatan pembangkang dilihat seakan-akan tidak serik untuk menimbulkan perbalahan dan provokasi terhadap Barisan Nasional (BN) biarpun telah nyata keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu menjadi bukti rakyat memberikan mandat kepada BN, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

    ReplyDelete
  19. Katanya, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah tersilap percaturan apabila telah mencanangkan ke seluruh dunia bahawa beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRUke-13 namun malangnya pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya terbabit.

    ReplyDelete
  20. Kerana itulah pembangkang terus mewujudkan persepsi kononnya berlaku penyelewengan dalam PRU ke-13 dengan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan melakukan penipuan agar masyarakat di seluruh dunia menganggap bahawa BN tidak menang, katanya.

    ReplyDelete
  21. Terang beliau, sewajarnya pakatan pembangkang mengumpulkan pelbagai bukti yang memberi hujah dan bukti bahawa SPR benar-benar melakukan penipuan dengan membawa semua bahan terbabit ke mahkamah untuk proses undang-undang.

    ReplyDelete
  22. Proses perundangan dan ketelusan yang sebenar juga terbuka kepada para pemimpin dalam pakatan pembangkang yang mana mahkamah dan hakim-hakim terbabit akan melakukan proses pengadilan berdasarkan kepada bahan bukti yang ada.

    ReplyDelete
  23. Malangnya perkara terbabit tidak berlaku sebaliknya pakatan pembangkang mencanangkan penipuan dan penyelewengan dengan pelaksanaan himpunan jalanan yang dibawa ke bandar-bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
  24. Tegas beliau, sekiranya benar BN berpakat dengan SPR atau SPR menyelebahi BN dalam PRU ke-13 lalu maka tentunya BN akan memperoleh lebih banyak undi atau sekurang-kurangnya pakatan pembangkang tidak akan berpeluang untuk memenangi mana-mana negeri termasuklah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

    ReplyDelete
  25. Kalau pemimpin pembangkang tidak mengiktiraf kemenangan BN dalam pilihan raya dan juga proses yang berlaku sepanjang PRU ke-13 berlangsung jadi bagaimana pula dengan pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang mereka menang? soalnya lagi.

    ReplyDelete
  26. Tambah beliau, jika benar pakatan pembangkang menolak kemenangan BN maka mereka juga perlu menolak kemenangan mereka di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor maka sebaliknya juga jika mereka menerima keputusan pilihan raya maka mereka perlulah tolak agenda himpunan jalanan.

    ReplyDelete
  27. Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memainkan sentimen hasutan dalam negara ini apatah lagi keputusan PRU ke-13 ini turut diterima oleh negara-negara luar di persada antarabangsa.

    ReplyDelete
  28. Diucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan negara ini aman dan tidak terjerumus ke kancah pergolakan sebagaimana impian pembangkang.

    ReplyDelete
  29. Terbaru, Adam Adli ditahan reman selama lima hari mengikut Kanun Keseksaan 124B dan Seksyen 4(1)C Akta Hasutan bermula Ahad berhubung kenyataannya berkaitan gesaan memanggil perhimpunan jalanan besar-besaran sebagai luahan rasa tidak puas hati terhadap proses PRU ke-13. Janganlah kita membeuat perkara sedemikian rupa kelak keamanan terguguat.

    ReplyDelete
  30. Kerana itulah pembangkang terus mewujudkan persepsi kononnya berlaku penyelewengan dalam PRU ke-13 dengan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan melakukan penipuan agar masyarakat di seluruh dunia menganggap bahawa BN tidak menang, katanya. Terang beliau, sewajarnya pakatan pembangkang mengumpulkan pelbagai bukti yang memberi hujah dan bukti bahawa SPR benar-benar melakukan penipuan dengan membawa semua bahan terbabit ke mahkamah untuk proses undang-undang.

    ReplyDelete
  31. Proses perundangan dan ketelusan yang sebenar juga terbuka kepada para pemimpin dalam pakatan pembangkang yang mana mahkamah dan hakim-hakim terbabit akan melakukan proses pengadilan berdasarkan kepada bahan bukti yang ada.Malangnya perkara terbabit tidak berlaku sebaliknya pakatan pembangkang mencanangkan penipuan dan penyelewengan dengan pelaksanaan himpunan jalanan yang dibawa ke bandar-bandar di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tegas beliau, sekiranya benar BN berpakat dengan SPR atau SPR menyelebahi BN dalam PRU ke-13 lalu maka tentunya BN akan memperoleh lebih banyak undi atau sekurang-kurangnya pakatan pembangkang tidak akan berpeluang untuk memenangi mana-mana negeri termasuklah Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.Kalau pemimpin pembangkang tidak mengiktiraf kemenangan BN dalam pilihan raya dan juga proses yang berlaku sepanjang PRU ke-13 berlangsung jadi bagaimana pula dengan pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang mereka menang? soalnya lagi.

      Delete
    2. Tambah beliau, jika benar pakatan pembangkang menolak kemenangan BN maka mereka juga perlu menolak kemenangan mereka di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor maka sebaliknya juga jika mereka menerima keputusan pilihan raya maka mereka perlulah tolak agenda himpunan jalanan.Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memainkan sentimen hasutan dalam negara ini apatah lagi keputusan PRU ke-13 ini turut diterima oleh negara-negara luar di persada antarabangsa.

      Delete
    3. Diucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan negara ini aman dan tidak terjerumus ke kancah pergolakan sebagaimana impian pembangkang. Terbaru, Adam Adli ditahan reman selama lima hari mengikut Kanun Keseksaan 124B dan Seksyen 4(1)C Akta Hasutan bermula Ahad berhubung kenyataannya berkaitan gesaan memanggil perhimpunan jalanan besar-besaran sebagai luahan rasa tidak puas hati terhadap proses PRU ke-13. Janganlah kita membeuat perkara sedemikian rupa kelak keamanan terguguat.

      Delete
  32. Why indelible ink ingredients secret: EC

    Election Commission (EC) secretary Datuk Kamaruddin Mohamed Baria said ingredients of the indelible ink were not displayed on bottles and boxes to prevent duplication.

    "We cannot have these ingredients be known lest there are people who might try to reproduce them and create fraud," he told theSun today.

    He also said the halal status was also established as the ink lasts shorter than the intended period.

    "We are now studying police reports lodged about the authenticity of the indelible ink, and will make improvements for future polls," he said.

    He was responding to newly-elected Segambut MP Lim Lip Eng, who said he doubted the authenticity of the indelible ink as the ink bottle and box did not meet certain requirements.

    ReplyDelete
  33. Why indelible ink ingredients secret: EC

    Kamaruddin also said Lim should bring the ink bottle and meet him personally to get a better explanation.

    Earlier, Lim said he was given an unopened ink bottle found by a voter in a classroom and lodged a police report on Tuesday.

    He hoped the authorities will investigate claims of indelible ink being easily removed.

    "The box and the bottle does not list out the ingredients of the ink, as to where it was manufactured or its expiry date," he said at a press conference.

    He added that it is a government requirement for all other bottled products to list out such details.

    ReplyDelete
  34. Why indelible ink ingredients secret: EC

    The EC has on various occasions made media statements reassuring the public that expired indelible ink will not be used, and that the ink will not be removable between five to seven days.

    EC chief Abdul Aziz Yusof also reportedly said the ink will last long due to its silver nitrate content.

    "With no ingredients listed on the bottle and box, it is impossible to verify what he said," said Lim.

    He also questioned the EC's reassurance that the ink was halal as he could not find any halal stamp on the box and bottle that he possessed.

    ReplyDelete
  35. EC proves indelible ink lasts

    In a special demonstration here, the Election Commission (EC) today proved to media representatives that indelible ink smeared on the finger of voters could not be removed.

    It was aimed at refuting allegations from certain parties that the indelible ink, used in the 13th General Election, could be removed by rubbing or washing with water.

    EC secretary Datuk Kamaruddin Mohamed Baria and EC officers conducted the demonstration with a media representative, while witnessed by their colleagues.

    In the demonstration, it was clear that attempts by the media representative to remove the ink smeared on the index finger, ended in failure despite the use of various detergents.

    The ink used in the demonstration was the one which was used by the EC for early voting, Kamaruddin told a media conference at the EC Media Centre here.

    ReplyDelete
  36. EC proves indelible ink lasts

    Yesterday, the EC clarified that indelible ink smeared on the fingers of early voters was removed as the EC personnel involved did not shake the ink bottle before using it.

    At the event, Kamaruddin also handed over a list of regulations which needed to be complied with by EC personnel at the polling stations on polling day this Sunday.

    Among them, the ink bottle must be shaken every two hours for 30 seconds, the voter's finger must be clean and dry, and the indelible ink needs to be smeared on the entire top portion of the finger - from the finger nail to the reverse side of the finger.

    Kamaruddin reassured that the indelible ink smeared on the finger of voters would last for between five and seven days.

    He said the use of the ink for the first time in the history of the Malaysian general election, followed a request from certain groups.

    ReplyDelete
  37. EC proves indelible ink lasts

    The ink was tested and approved by the health ministry and chemistry department, and was declared halal by the National Fatwa Council.

    Kamaruddin said attempts by certain groups to completely remove the ink smudge from the finger of early voters by using various methods, might be linked to specific motives against the EC.

    In the case of the early voter who lodged a police report and disseminated the effects of ink being removed from the finger, he said it was because the EC personnel did not follow the instruction stated on the ink bottle, which needed to be shaken for 30 seconds before usage.

    ReplyDelete
  38. EC proves indelible ink lasts

    According to him, if the procedures stated on the bottle were adhered to, the ink could not be removed despite using vinegar, detergent, petrol or any other solutions.

    "...if seen carefully on the case found on social website, the ink was not completely removed as there were stains on the side of the finger nail," he said.

    On early voting on Tuesday, he said 83.3 per cent or 200,979 out of 272,387 early voters, cast their votes.

    ReplyDelete
  39. Only three people know colour of ink

    The Election Commission believes the colour of the indelible ink to be used in next Sunday's general election still remains a closely-guarded secret to prevent the ink from being duplicated.

    Only three people knew the colour of the ink, commission secretary Kamaruddin Mohamed Baria said in Putrajaya today.

    He said two of them are the commission chairman Abdul Aziz Mohd Yusof and himself.

    However, Kamaruddin declined to reveal the name of the third person.

    "So, I believe the colour of the indelible ink will remain a closely-kept secret until polling day next Sunday," he told reporters.

    Kamaruddin said the ink's unique colour, which was different from other available indelible inks in the market, would enable EC officials to identify if there were voters marked with other inks.

    ReplyDelete
  40. Only three people know colour of ink

    "The substances used to produce the ink are also different from the ordinary, hence it cannot be duplicated or faked," he said.

    On the people's concern that the ink might dirty the ballot papers, rendering the ballots as spoilt votes, Kamaruddin said if this happened before the voter marked the ballot paper, he or she could ask for a fresh ballot.

    However, the voter needs to fill up a form first, he said.

    "The indelible ink to be used is the type that will dry quickly. In fact, the EC will provide tissue paper to wipe the stains that have not dried.

    "I advise voters not to allow anyone to make markings with any ink on the index finger before voting as only EC officials are empowered to do so," Kamaruddin added.

    ReplyDelete
  41. Satu pasukan khas akan diwujudkan bagi menyiasat mengapa dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu tidak kekal lama di jari setelah dicalit.

    ReplyDelete
  42. Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pasukan ini dikehendaki menyiapkan siasatan terbabit dalam sebulan.

    ReplyDelete
  43. “SPR yang mengadakan Mesyuarat SPR pada hari ini, 21 Mei 2013 telah memutuskan untuk menubuhkan satu Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13 untuk meneliti hal-hal yang berkaitan dengan dakwat kekal itu,” katanya dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  44. Antara perkara yang akan disiasat, katanya adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal, kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian-ujian yang telah dibuat sebelum dihantar ke Malaysia dan selepas dakwat itu sampai di Malaysia.

    ReplyDelete
  45. Pada PRU13, penggunaan dakwat kekal telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi yang mendakwa ia tidak kekal dan atau melekat lama pada jari pengundi seperti yang diwar-warkan.

    Tambahnya, SPR akan meneruskan sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu PRU-13 bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah termasuklah di media massa.

    ReplyDelete