Oleh
: AIDILA RAZAK
RCI
SABAH Jabatan Air Negeri Sabah bimbang akan keselamatan pekerjanya apabila
mereka memasuki kawasan setinggan untuk memotong sambungan haram.
Menurut
ketua juruteranya bagi jabatan pengagihan dan kebocoran, Quirine @ Quirinos
Jokinol, ini kerana ancaman pernah dibuat terhadap pekerja jabatan itu.
"Keselamatan
adalah satu isu, jadi kami lebih suka jika operasi dilakukan bersama dengan
pihak polis dan majlis tempatan.
"Berdasarkan
pengalaman kami, anggota penguatkuasa kami menerima ancaman terhadap
keselamatan mereka apabila mereka memasuki kawasan seumpama itu untuk memotong
sambungan haram," katanya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI)
mengenai pendatang haram di Sabah.
Beliau
berkata, sebahagian besar masalah sambungan haram berlaku di kawasan setinggan
di bandar-bandar pantai timur Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
Sebelum
ini, seorang pegawai majlis tempatan dari Kunak, yang terletak di antara Lahad
Datu dan Semporna, berkata terdapat bahagian kawasan setinggan yang mereka
tidak masuk kerana ancaman terhadap keselamatan diri mereka.
Sementara
itu, Quirine @ Quirinos berkata jabatan itu kerugian RM780,244 kerana perbuatan
mencuri air melalui sambungan haram di Sabah dari tahun 2008 hingga 2012.
Ini
tidak termasuk "kos yang tidak perlu" seperti membaiki dan
menggantikan paip akibat akibat sambungan haram.
Pada
tahun 2012, katanya, kerugian dari segi wang serta kos tidak perlu itu,
mencecah hampir setengah juta ringgit, dan jumlahnya semakin meningkat sejak
beberapa tahun lalu.
Ditanya
oleh pegawai pengendali Azmi Ariffin, beliau berkata jabatan itu tidak boleh
mengenakan kompaun terhadap mereka yang menggunakan air dari sambungan haram
kerana mereka tidak mempunyai dokumen diri.
Untuk
mengeluarkan kompaun ke atas mereka, katanya, pengenalan diri mereka
diperlukan.
Katanya,
mereka biasanya memotong sambungan pada paip pengagihan dan tidak menjejaknya
hingga ke rumah, dan jika mereka berbuat demikian, penduduk tidak ada di situ
atau telah "lari".
Sementara
itu, seorang saksi, Chia Oi Len memberi keterangan bahawa nombor kad pengenalan
lamanya telah digunakan oleh seorang individu yang tidak dikenali, untuk
membuka akaun bank.
Chia
berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang pegawai Maybank
apabila dia cuba untuk membuka akaun di Kota Kinabalu pada tahun 2007.
"Saya
tidak tahu siapa orang ini, tetapi akaun itu dibuka di Cheras, Kuala Lumpur.
Saya kemudian membuat laporan polis," kata pemilik perniagaan itu.
Chia,
60, berkata beliau sebelum ini telah memiliki "kad pengenalan plastik lama
berwarna biru" tetapi telah menukarkannya kepada versi terkini dengan 12
digit, dan menyerahkan IC lamanya kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Katanya,
dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk menaik taraf IC beliau kepada versi
terkini dan kini dia memegang MyKad.
No comments:
Post a Comment