Oleh: SURIATI MAHMUD
KETUA Cawangan UMNO Tg. Labian, Tungku, Kunsul Nahul mendesak Kementerian Pelajaran menutup segera Kolej Tiram sehingga siasatan selesai bagi mengelak kolej berkenaan terus memanipulasi undang-undang dan menipu pelajar.
“Jika sekolah ini tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Swasta, mereka daftar di mana? Sedangkan Pusat Tuisyen dan Tadika pun kena daftar apa lagi Kolej sebesar ini? Bukankah Kolej ini sudah beroperasi secara haram sejak 1980-an lagi? Kenapa tiada tindakan daripada Jabatan Pelajaran? Mesti ada yang tidak kena,” ujar Kunsul yang mempersoalkan akreditasi Kolej Tiram yang diterajui oleh tokoh MIC.
Dalam hal ini kata Kunsul, tidak harus ada pihak yang terlepas dan Jabatan Pelajaran lebih berminat menghukum guru-guru yang mencari wang poket secara halal dengan membuka kelas tuisyen di rumah mereka.
“Apakah kerana dia tokoh MIC maka dia kebal? Bagaimana dengan nasib pelajar terutama yang mengadakan Twinning Programme? Bukankah ini menganiaya pelajar kita? Apa Ketua UMNO Silam merangkap Adun Lahad Datu buat bagi atasi masalah ini kerana ramai pelajar terdiri daripada anak ahli UMNO?,” tanya Kunsul yang kesal dengan kelalaian semua pihak sehinggalah isu ini didedahkan Sabahkini.net.
Menurut Kunsul, beliau telah melaporkan isu ini kepada Menteri Pelajaran, tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tindakan lanjut.
Hope to see the next step from the ministry of education.
ReplyDeleteSeharusnya ada penyiasatan dijalankan. Tidak sewenangnya hal ini dinilai dengan menggunakan mata kasar.
ReplyDeleteApapun salah tetap salah. Hukuman harus dijatuhkan dengan segera.
ReplyDeleteDakwaan ini harus disiasat dan jika ternayata tidak sah, tindakan harus dibuat segera.
ReplyDeleteSemoga perkara ini akan mendapat perhatian sewajarnya.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat dan tindakan bersesuaian perlu diambil.
ReplyDeleteKolej tiram??Never heard of it.
ReplyDeleteWhatever it is, this college should be investigated. Take action if necessary!
ReplyDeleteTidak pernah dengar langsung kolej ini. Apa pun memang patut diambil tindakkan jika kolej ini beroperasi tanpa berdaftar.
ReplyDeletekolej ini tidaklah sebesar mana.. malah pendidikan yang diberikan setakat PMR, SPM dan STPM. malah telah ramai pelajar2 lepasan kolej ini yang berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi..
ReplyDeletesebaiknya siasatan kena dilakukan terhdap kolej ini bagi memastikan ia benar2 haram ataupun tidak.
ReplyDeletesiasatan perlu dibuat dan jika didapati kolej tiram ini memang tidak berdaftar,maka pihak yang terlibat harus dikenakan tindakan undang-undang.
ReplyDelete