Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada kenyataan individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Anti Orang Gila Kuasa’ bertajuk ‘Frankie Chong Bukan Gentlemen!’ yang tersiar di portal terkenal Sabahkini.net beberapa hari lalu yang meragui kredibiliti kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi yang dilihat sebagai teratur dan lengkap dengan fakta.
Malah individu terbabit mendakwa kononnya tulisan tersebut sebenarnya bukan lahir dari kenyataan Rudy berdasarkan ungkapan yang begitu tersusun dengan rapi tetapi sebaliknya pula, menuduh Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Farnkie Chong yang mengorkestra segala-galanya.
Justeru, saya Larry Rafael, Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga Ketua Pemuda SAPP dan Setiausaha CLC N.38 Nabawan tampil menjelaskan bahawa kesemua yang berlaku adalah hasil perbincangan bersama Pergerakan Pemuda Pedalaman yang di Pengerusikan Rudy Sulaiman Mairi berdasarkan hakikat yang sebenarnya.
Sebagai makluman individu terbabit, termasuk PBRS bahawa kepimpinan Pemuda SAPP tidak pernah berselindung dalam semua aspek isu yang berlaku ketika ini termasuk gaya kepimpinan PBRS yang sememangnya tidak disenangi rakyat di peringkat akar umbi; khususnya rakyat Pensiangan yang diwakili Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup sendiri.
Dalam soal ini, kepimpinan Pemuda SAPP merasakan tidak ada keadilan bagi PBRS melontarkan kata-kata nista yang tidak bersopan terhadap Datuk Frankie yang menjawat Timbalan Speaker DUN, sedangkan jawatan tersebut diperolehinya ketika SAPP masih berada dalam BN.
Justeru, mengheret dan melibatkan Datuk Frankie dalam suara hati pemuda SAPP dalam membela diri beliau yang tidak berdosa adalah suatu pemikiran sempit dan tidak bermoral bagi PBRS kerana bersikap menuduh yang bukan-bukan tanpa bukti yang jelas, pendek kata PBRS masih berfikiran kolot dan ‘semborono’(Bahasa Jawa Barat yang bermaksud cakap sembarangan tanpa usul periksa).
Hatta, adalah lebih baik dan lebih molek sekiranya kepimpinan PBRS lebih tertumpu kepada pembinaan asas yang kukuh bagi parti itu dalam menerokai agenda politik bertaraf nasional yang berpaksikan kepada pembelaan kebajikan masyarakat KDM atau Orang Asal Sabah secara menyeluruh dan bersaiz besar; daripada mulut berbuih ‘mengidam sangat jawatan Timbalan Speaker’ sehingga sanggup menekan seseorang yang secara tidak sengaja kekal menjawat jawatan tersebut.
Sebaliknya, PBRS yang terkial-kial, bertempik, terlolong ke sana dan ke mari meminta jawatan Timbalan Speaker itu dikembalikan; adalah suatu perkara yang membuang masa kerana suatu hari nanti apabila penyandangnya tamat tempoh ia tidak akan ke mana jua dan pasti akan dimiliki oleh BN juga.
Seharusnya, PBRS harus menumpukan perjuangannya bagaimana meyakinkan kerajaan Persekutuan dan KDN supaya 600,000 PATI di Sabah dapat dihantar balik ke Negara asal mereka, Filipina.
Masalah PATI jika tidak diselesaikan secara mutlak ia merupakan ‘Ibu segala masalah jenayah di Sabah’. Kenapa PBRS membisu seribu bahasa dalam soal ini? Mungkinkah PBRS lebih suka PATI terus bermastautin di Sabah? Rakyat sangsi pendirian PBRS dalam soal itu dan mereka jauh lebih dari bersedia ‘Untuk menghukum PBRS-UMNO dan BN dalam PRU13 kelak.
Sebagai menjawab kenyataan Empir Andingos, mantan AMT Parti Akar yang sudah dibubar menyatakan bahawa Nabawan telah membangun dengan pesatnya semasa dalam BN; adalah disifatkan bahawa Empir seorang yang berangan-angan dan mengigau di siang hari.
“Saya ingin bertanya Empir, sudahkah Klinik 1Malaysia siap? Bagaimana Hospital Nabawan yang dijanjikan Najib pada tahun 1994 yang kini hanya tersergam ‘Sign board’ yang sekadar menjadi kenangan ‘buak ri Najib”. Bagaimana pula jalanraya Kg Loboh Nabawan, sudahkah berturap?,” tegas Larry lagi.
Sekian Hormat dan Salam 1Sabah.
LARRY RAFAEL,
Exco Pergerakan Pemuda SAPP
Hope that all these issues will be solved eventually.
ReplyDeleteSemua pihak harus bekerjasama tanggani isu pati bagi memastikan isu ini tidak lagi menghantui fikiran rakyat.
ReplyDeleteApapun, saya harap hal ini kaan dapat ditanggani sebaik mungkin.
ReplyDeletetidak perlulah mencari kesalahan orang lain. lebih baik jika semua pihak menyumbangkan tenaga dan idea untuk menyelesaikan setiap isu yang ada.
ReplyDeleteSAPP mahu cari modal untuk pancing penduduk kawasan Pensiangan. SAPP mahu kasi tunjuk durang ja yang bising2 pasal isu PATI ini.
ReplyDeleteMasalah PATI merupakan masalah besar di Sabah. Bertahun-tahun masih tidak dapat ditangani. Agaknya bila akan dilaksanakan satu badan yang menangani masalah PATI ini..
ReplyDeletelebih baik bekerjasama untuk selesaikan masalah PATI.
ReplyDeleteSAPP tolak BN, tapi jawatan dia ambil.. kenapa pemimpin2 SAPP yang lain boleh lepaskan jawatan mereka sedangkan Datuk Frankie tidak?? itulah yang dimaksudkan tidak 'gentlemen'..
ReplyDeletejika PR mahu memberikan status PR kepada PATI dan BN dengan Makmal Khas bagi menyelesaikan masalah PATI di negeri ini, apa pula rancangan SAPP bagi menghadapi masalah ini jika SAPP berjaya mentadbir Sabah??
ReplyDelete