Saudara Pengarang,
SAYA Mukrim @ Boy Nasrulllah, wakil 300 keluarga mangsa kebakaran yang ditindas oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan dengan melantik syarikat swasta bagi menyalurkan bekalan elektrik ke penempatan kami di Kiamsam, Labuan.
Perlantikan syarikat swasta ini menyebabkan tarif elektrik yang dikenakan meningkat kepada 100%. Akibat kenaikan tarif elektrik ini, kami tidak mampu lagi membiayai bil elektrik setiap bulan yang jumlahnya mencecah puluhan ribu ringgit dan tidak lagi menerima bekalan elektrik sejak pertengahan Januari lalu sehingga telah menjejaskan persekolahan anak-anak kami.
Kami yang merupakan mangsa kebakaran di kampung Muslim W.P. Labuan pada 14 Mei 2009, iaitu sebuah penempatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), merayu MKN agar dapat menimbang untuk menarik balik pelantikan syarikat swasta, C3 Power (M) Sdn Bhd.
Apa yang menyebabkan ketidakpuasan hati kami adalah kenaikan bil elektrik bulanan berikutan ‘caj yang dikenakan untuk setiap barangan elektrik’ dan bukan berdasarkan penggunaan.
Caj elektrik untuk setiap barangan seperti radio adalah RM11 setiap bulan, telefon rumah (RM11), pengecas telefon bimbit (RM11), lampu (RM16), kipas (RM16), mesin cuci (RM26), pemasak nasi (RM41), televisyen (RM30), astro (RM21), peti sejuk (RM36) dan lain-lain dengan kadar yang tidak munasabah.
Saya harap Sabahkini dapat membantu kami membongkar penindasan ini.
Salam Hormat,
MUKRIM@BOY NASRULLAH
This company should be investigated.
ReplyDeleteKenapa boleh berlaku hal sebegini? seharusnya hal2 berkaitan tidak menjadi masalah kepada pihak terlibat untuk mencari jalan penyelesaian.
ReplyDeletemengahirankan juga hal begini boleh berlaku sewenang-wenangnya.. Mcm takda pemantauan. huhu
ReplyDeleteSemoga hal ini akan mendapat perhatian sewajarnhya.
ReplyDeleteharap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletePihak swasta ini mahu mencekik duit pendudukkah??MKN haruslah melantik pihak yang boleh membantu dan bukannya memberikan beban yang lebih kepada penduduk.
ReplyDeleteHow come there is a sudden increase in price? The company ought to be investigated!
ReplyDeletejika ada sebab2 tertentu yang memaksa pihak MKN memilih kaedah itu atau tiada cara lain untuk meminimumkan kos elektrik di kampung itu, sekurang2nya pihak MKN tampil buat penjelasan supaya tidak ada pihak yang salah paham atau membuat sebarang spekulasi negatif.
ReplyDeletesudah dua kali isu ini didedahkan kepada media. kenapa sehingga hari ini pihak yang berkenaan masih tidak mengambil sebarang tindakan?
ReplyDeletekita seharusnya membantu penduduk, bukan menyusahkan mereka.
ReplyDeletemasalah ini harus diberi perhatian yang sewajarnya dan harus dibuat siasatan supaya selesai dengan segera.
ReplyDelete