MESRA...Ketiga pemimpin kanan BN UMNO, GERAKAN dan LDP bersama-sama menyanyikan lagu Selamat hari Raya.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SHAFFIE S JUMADI
PARTI Liberal Demokratik (LDP) merupakan salah satu parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus menjalinkan hubungan baik dengan parti-parti komponen BN lainnya seperti UMNO, PBS, UPKO, MIC, MCA, Gerakan dan PBRS ini demi mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain; khususnya bagi meneruskan agenda perjuangan masing-masing di dalam BN.
Dengan adanya kerjasama yang sedia terjalin dengan rakan-rakan parti dalam komponen ini sudah tentu akan menguatkan dan memantapkan lagi perjuangan BN di negeri ini, khususnya untuk menghadapi musuh-musuh politik daripada pihak pembangkang yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk mengucar kacirkan perpaduan yang sedia terjalin.
Presiden LDP, Datuk Liew Vui Kiong menyatakan demikian kepada wartawan Sabahkini.Net ketika beliau menghadari Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran WANITA UMNO Bahagian Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.
Liew juga juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Sandakan antara lain menyeru kepada rakyat agar tidak mudah terpedaya oleh hasutan dan taktik kotor yang kerap menabur fitnah, kononnya kerajaan BN tidak membawa sebarang kemajuan dan pembangunan untuk rakyatnya.
“Parti pembangkang memang bijak untuk memutar belitkan apa saja benda yang dibuat oleh kerajaan, semata-mata demi kesejahteraan telah dimonopolitasikan,” katanya.
TETAMU ...Tiga orang pemimpin kanan terkemuka parti komponen BN Au Kam Wah, Datuk Liew Vui Kiong dan Tan Sri Ampong.
Dari itu, rakyat yang cintakan keamanan dan pembangunan yang pesat, maka sokongan padu terhadap kerajaan perlu ditingkatkan agar pihak kerajaan dapat menyalurkan pelbagai projek pembangunan, di satu-satu kawasan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat BN.
Selain itu kata Liew, kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyatnya di sesuatu kawasan itu diwakili oleh ADUN/MP BN kerana sentiasa terus memberikan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyatnya, terutama dalam menikmati kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan sejajar dengan konsep 1 Malaysia.
Rumah terbuka yang dimulakan dari jam 11 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pm telah dihadiri lebih 400 orang masyarakat setempat dan antaranya dif-dif kehormat yang turut hadir ialah ADUN Elopura Au Kam Wah; Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Hj Ampung Puyon; Ketua USIA Bahagian Sandakan HJ Alipudin Puyon dan pegawai-pegawai kanan persekutuan dan negeri.
No comments:
Post a Comment