Oleh : BIRISPUNYA BIRIS
YONG TECK LEE (YTL) adalah bertanggung jawab terhadao akauntabiliti kejatuhan SAS. Ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana YTL gagal menjaga kesihatan saham supaya tidak jatuh sakit kerana beliau adalah Ketua Menteri Sabah pada ketika saham SAS dilahirkan ke dunia. Dalam erti kata lain, saham SAS adalah ANAK Yong Teck Lee yang tersayang.
Apbila saham SAS jatuh sakit kerana diserang penyakit semulajadi, saham SAS telah dibawa berjumpa doctor. Doktor telah memeriksa anak Yong Teck lee dan memberi ubat dan nasihat yang perlu dituruti supaya anaknya cepat sembuh.
Malangnya, Yong Teck Lee tidak menjalankan tugas yang diharapkan sebagai ibubapa seperti ibubapa lain yang sayang kepada anaknya. Yong Teck Lee didapati tidak memberi kasih sayang yang secukupnya walaupun berkemampuan berbuat demikian, justru itu anaknya tidak mati tapi tidak juga sembuh dengan memuaskan.
Hal ini telah disiarkan ke dalam akhbar tempatan dan seluruh rakyat sabah telah membacanya dan menuduh Yong Teck Lee ini ibubapa yang tidak bertanggungjawab, dan bukan ibubapa yang penyayang.
Yong Teck Lee telah cuba menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan cuba menyalahkan pihak lain, iaitu doktor katanya tidak pandai beri ubat sesuai dan tidak beri nasihat yang baik.
Bagaimanapun, akhirnya rakyat mengambil keputusan bahawa Yong Teck Lee dan doctor masing-masing telah didapati tidak menjalankan tugas dengan cemerlang. Dengan itu Yong Teck Lee telah dianggap sebagai seorang Ketua Menteri yang lemah dan rakyat SABAH hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih menyakitkan hati rakyat ialah Yong Teck Lee tidak akun salah walau sedikit pun.
Sehingga habis tempoh Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri Sabah, kelemahan YTL berkaitan saham SAS tidak pernah dan tidak sempat diperbaiki atau ditebus. Sejak hari kejatuhan harga saham SAS sehingga ke hari ini, Hidup politik Yong Teck Lee menderita dalam tidurnya kerana telah diganggu oleh ‘Hantu Bonceng’ saham SAS.
Hairannya, sampai hari ini Yong teck Lee tidak pernah mengaku bahawa dia adalah bertanggungjawab ke atas kegagalan saham SAS atau tidur-politiknya setiap malam terganggu.
Barangkali Yong Teck Lee tidak mengerti apa maksud Akauntabiliti dan Biris bercadang Yong Teck Lee pergi berjumpa Lim Guan Eng meminta penjelasan apa maksud perkataan tersebut.
Lebih baik YTL akun salah dalam facebook kalau malu jumpa Daily Express dan menyertai pihak lain yang juga bersalah. Lepas itu minta ampun kepada rakyat terutamanya kepada semua pemegang saham SAS.
Kemudian terangkan usaha-usaha yang Yong Teck Lee telah ambil untuk cuba memperbaiki semula harga saham. Dengan demikian barulah rakyat boleh faham dan boleh menilai semula sama ada memberi Yong Teck Lee peluang sekali lagi menjadi Wakil rakyat atau tidak.
Rakyat biasa yang hanya penoreh getah (Biris), petani, nelayan, pemandu lori atu teksi, penjual sayur dan ikan kering di gerai koperasi dan di tamu-tamu, buruh bikin bangunan, mekanik, tukang servis penghawa dingin, tukang paip, broker jual tanah, peon, kerani, pelayan restoran dan Ah Long; tidak minat penjelasan SAPP yang dalam-dalam yang melibatkan nombor dan formula kerana rakyat melihat hati manusia kerana itu sahaja kami tahu buat secara penuh bijaksana.
Dan pastikah saudara bahawa YTL lah satu2 penyebab kejatuhan SAS? Ulasan dan andaian yg saudara sampaikan tidak boleh dijadikan bahan bukti jika kes ini dibawa ke pengadilan dunia. malah saudara mungkin berpotensi digolongkan dlm penyebar fitnah semasa pengadilan di akhirat. sesungguhnya Tuhan maha mengetahui. Sebaiknya saudara berusaha utk mendapatkan penjelasan "black & white" dari kerajaan negeri. mereka sudah tentunya menyimpan semua rekod berkaitan SAS. Sesudah itu, saudara boleh membawa kes ini ke perhatian dewan undangan utk dibahas. jika terbukti YTL boleh dipersalahkan, mahkamah sivil tentunya terbuka luas utk saudara mengambil langkah yg seterusnya.
ReplyDelete