Oleh : CHANG SHAK HUNG
TEMBOK parit utama di Taman Tai Fui Yin, Batu 8, Sandakan yang telah mengalami keretakan daripada tekanan dan pergerakan tanah, telah mendapat perhatian Chang Shak Hung apabila aduan daripada Wong telah diterima untuk tindakan segera.
Melalui tinjauan yang dibuat pada 26 September 2011, tembok berkenaan telah menggelongsor keluar kira-kira 2 inci daripada tembok asal (seperti yang ditunjukkan dalam gambar).
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, Wong telah menggunakan sebatang kayu besar untuk menahan daripada runtuh, namun melalui tindakan ini, tidak dapat membantu untuk jangka masa panjang.
Sesuatu perlu dilakukan dan melalui tinjauan yang dibuat, sepanjang parit yang dimaksudkan langsung tidak mempunyai ‘beam’ penghadang untuk menyokong tembok daripada runtuh.
Sabahkini.net telah mengajukan aduan tersebut kepada Majlis Perbandaran Sandakan pada 26 September 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Melalui maklum balas yang diterima melalui email daripada pihak MPS pada 27 September 2011, permasalahan ini telah diajukan kepada Jurutera Perbandaran Kanan untuk tindakan selanjutnya.
Runtuhan tembok di kawasan parit yang sama juga pernah berlaku dan telah diajukan kepada pihak MPS pada 14 Jun 2011 oleh Sabahkini.net dan ia telah dibina dan diperbaiki oleh pihak yang berkenaan.
Sabahkini.net dan Wong berharap agar MPS dapat menyegerakan pembaikan tersebut memandangkan musim hujan bakal menjelang tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment