Wednesday, 21 December 2011

ARMANI TINGGALKAN DEWAN NEGARA



TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Armani Mahiruddin dirai pada satu majlis perpisahan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan itu, menamatkan perkhidmatan hari ini setelah mengangkat sumpah jawatan pada 9 Julai 2009.

Armani, 54, yang juga Ketua Wanita Umno Libaran, Sabah pernah menjadi senator bagi tempoh dua penggal iaitu dari 20 Disember 2005 hingga 19 Dis 2008, dan dari 21 Disember 2008 hingga tarikh perlantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara ke-11.

Dalam ucapannya, Armani berkata beliau tidak pernah terfikir untuk memegang tanggungjawab yang begitu besar namun telah berusaha sepenuh hati untuk menjalankan tugas tersebut dengan baik.

Beliau berterima kasih kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kerana menaruh kepercayaan kepeda beliau.

"Begitu juga kepada bos saya, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya memegang jawatan ini," katanya.

Turut diraikan ialah tiga senator yang akan menamatkan perkhidmatan dalam tempoh terdekat iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi (10 Mac 2009-9 Mac 2012), Datuk Fatimah Hamat (23 Dis 2008-22 Dis 2011) dan Dr M. Malasingam (10 Mac 2009-9 Mac 2012). (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment