CENDERA......Mustaffa
menyampaikan cenderakenangan sebagai tanda terima kasih kepada Azizah.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Rakyat perlu
menghargai sumbangan dan bakti polis menjaga keamanan negara ini yang
membolehkan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan selamat tanpa dikongkong
oleh sebarang perasaan kebimbangan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata, pihak polis
telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan ianya terbukti
apabila Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan selamat untuk dikunjungi
sejak dari dahulu lagi.
Beliau menyelar sikap
segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang sering melemparkan bermacam
tuduhan negatif terhadap pihak polis.
“Saya ingin mengingatkan
agar kita tidak terikut-ikut dengan kerja pembangkang. Mereka selalu membuat
kacau bilau dengan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan seperti
perhimpunan Bersih. Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan yang kita
nikmati selama ini. Justeru itu saya menyeru agar kita menghindari daripada
terpengaruh dengan perbuatan negatif ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra
Bersama Polis Daerah Beaufort.
Hadir sama Ketua Polis
Daerah, DSP Mustaffa Maaruf, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin
Musih dan Pengerusi Perkips, Janilah Ibrahim.
TIBA......Ketibaan
Azizah ke IPD Beaufort disambut mesra oleh ahli Perkips.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata majlis seperti adalah amat penting
demi merapatkan hubungan anggota keselamatan dan pemimpin.
Beliau turut mengucapkan
tahniah atas kecemerlangan Polis Beaufort kerana berjaya menurunkan kadar
jenayah di sini.
“Saya merakamkan ucapan
tahniah dan yakin bahawa polis memberikan perkhidmatan terbaik dengan komitmen
dan kerjasama yang berterusan. Dan sebagai wakil rakyat saya ingin mengingatkan
hindarkan kerenggangan rakyat dan polis. Rakyat perlu sedar bahawa tugas polis
menjaga keamanan dan keselamatan persekitaran kita; maka berilah kerjasama
kepada mereka."
Sementara itu Mustaffa
Maaruf berkata polis di sini telah berjaya menurunkan kadar indeks jenayah yang
meliputi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Katanya, kes rogol turun
sebanyak 33 peratus, kes mendatangkan kecederaan menurun 133 peratus, kecurian
harta benda turun 30 peratus, kecurian kereta turun 100 peratus dan kes pecah
rumah berkurangan 22 peratus.
“Bagaimanapun kes curi
motosikal naik sebanyak 16 peratus namun kita telah menggembeng usaha bagi
menangani kes ini dengan meningkatkan rondan dan intipan yang melibatkan semua
cawangan seperti Jabatan Siasata Jenayah (JSJ), narkotik, trafik dan juga tugas
am,” katanya.
KENANGAN....Azizah
dan Mustaffa Maaruf (duduk lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama
anggota Polis dan ahli Perkips Beaufort.
Dalam aspek penyelesaian kes
pula, Mustaffa Maaruf berkata kes-kes jenayah kekerasan sperti bunuh, rogol dan
kes yang mendatangkan kecederaan berjaya diselesaiakan 100 peratus, kes harta
benda seperti curi 70 peratus, curi motosikal 67 peratus, pecah rumah 40
peratus dan keseluruhan bagi kes harta benda sebanyak 63 peratus berjaya
diselesaikan.
Pada majlis itu Mustaffa
Maaruf yang berbesar hati atas kehadiran Azizah bersama suaminya, Paiman Karim
itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan penghargaan Azizah terhadap
sumbangan polis khususnya di Dun Klias.
Pada majlis itu Azizah
menyerahkan sumbangan kewangan kepada Mustaffa Maaruf bagi pihak IPD Beaufort.
pihak polis byk berjasa dalam menjaga keamanan negara kita. kita harus hargainya.
ReplyDeleteTingkatkan lagi security Sabah. PATI harus ditangkap.
Deletesangat berterima kasih pada tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan dan keamanan. tapi sebagai individu seperti manusia biasa yang lain pasti ada juga kesilapan yang mereka lakukan. tidak kira waktu kerja ataupun bukan, individu yang bergelar anggota polis kena beringat dengan tingkahlaku mereka supaya tidak berlaku 'seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit'.
ReplyDeletePolis perlulah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Pastikan menjaga nama baik polis sebagai pihak keselamatan.
ReplyDeleteNama baik polis pun harus dijaga, jangan ada kabar2 angin polis ambil rasuah.
Deletetingkatkan kecekapan pihak polis dalam memerangi jenayah2 di Sabah.
ReplyDeletebukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang polis.. setiap hari mereka akan berhadapan dengan pelbagai risiko..
ReplyDelete