SURUHANJAYA Pilihan Raya
(SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk
menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar
Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.
"Oleh itu, bendera
parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di kawasan di mana mereka tidak
bertanding, atau ia akan diturunkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan
Ahmad Wan Omar.
Dalam temubual dengan akhbar
berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang
pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo
mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.
SPR telah meluluskan 32 logo
parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas. Logo baru itu
termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.
Sudah lama PR ni bertanding dalam pilihanraya tapi masih belum dapat kelulusan??
ReplyDeleteParti baru pula sudah dapat logo.
ReplyDeleteIni hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan rakyat akan berprasangka buruk dengan kerajaan.
DeleteDiminta ROS tidak amalkan sikap berat sebelah dalam tugas mereka. Kerja dengan intergiti.
ReplyDeletePR nampaknya menggunakan logo setiap parti komponen semasa PRU nnti.
ReplyDeleteJadi kalau dilihat mengunakan logo yang belum diluluskan maka PR akan ditolak dari bertanding.
ReplyDeleteNampaknya impian PR guna logo baru tidak tercapai selagi belum diluluskan oleh ROS.
ReplyDeleteImpian tinggal impian saja tu, masa pun sudah semakin suntuk
DeleteGabungan PR belum lulus? jadi PR adalah sebuah parti tidak sah. jadi macam mahu menang PRU13???
ReplyDeleteok la ba tu guna logo parti sendiri.. bukankah DAP, PAS dan PKR sering bercanggah pendapat dan ideologi politik??
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
tapi kenapa baru hari ini diumumkan bahawa gabungan PR belum diluluskan oleh ROS? bagaimana dengan pilihanraya sebelumnya??
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)