KEPUTUSAN
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mentauliahkan agensi di
bawahnya, Felcra sebagai Pegawai Penguasa dan melantik subsidiari Felcra iaitu Felcra
Bina Sdn.Bhd bagi melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Masuk Pendalaman
Menggunakan Kaedah ‘Soil Stabilizer’ Dari Kampung Bakuku Ke Kemabong, Daerah
Tenom, Sabah telah menyebabkan 'Engineer Felcra' diberi gelaran sebagai 'Engin
Air' oleh Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi. Gelaran ini memang
layak untuk Felcra kerana jalan yang dibina melalui kaedah 'Soil Stabilizer' hanya
tahan sebulan berbanding janji KKLW selama 30 tahun. Senario ini membuatkan
penduduk kampung Bakuku terkilan, marah dan kecewa sehingga bertindak menanam
padi di atas jalan raya yang dibina FELCRA. Ikuti pendedahan eksklusif
Sabahkini.net esok.
No comments:
Post a Comment